web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PERHILITAN Lapor Polis Individu Cabut Misai Harimau Belang

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Nov 2023 4:00PM

gambar FB Jabatan PERHILITAN Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membuat laporan polis berhubung tindakan beberapa individu mencabut misai harimau belang yang ditemui mati dipercayai dilanggar treler di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran hentian sebelah Gua Tempurung semalam.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, laporan oleh pihaknya dilakukan di Balai Polis Kampung Simee di sini petang semalam.

"Tindakan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 68 (c) (Akta A1646) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2022.

"Mereka yang memiliki atau menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya termasuk terbitannya seperti kuku, tulang, kulit, misai, tanpa kebenaran jika sabit kesalahan hendaklah didenda tidak kurang RM150,000 dan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, hari ini.

Beliau berkata, karkas harimau jantan berusia anggaran 8 tahun ke 10 tahun itu telah selesai dibedah siasat di Pusat Perlindungan Hidupan Liar Sungkai (NWRC) semalam dan siasatan lanjut masih dilakukan pihaknya.

Beberapa individu didakwa mencabut misai harimau belang yang mati dilanggar treler sedang diburu pihak berkuasa. gambar FB
Beberapa individu didakwa mencabut misai harimau belang yang mati dilanggar treler sedang diburu pihak berkuasa. gambar FB

"Semasa saya membuat pemeriksaan, hanya misai yang hilang, manakala kuku, gigi, taring dan lain-lain masih ada pada harimau itu," katanya.

Yusoff mengingatkan orang ramai supaya tidak bertindak mencuri sebarang anggota milik harimau belang sekiranya menemui bangkai haiwan itu bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan tegas.

Semalam, harimau belang jantan itu yang dipercayai dilanggar lori treler ditemukan mati di tepi pembahagi jalan berdekatan lebuh raya terbabit.

Harimau belang itu juga dipercayai adalah binatang yang dilaporkan menyerang ternakan dan menimbulkan kegusaran penduduk sekitar Kampar sebelum ini.

Turut tular video berdurasi kira-kira 24 saat menunjukkan beberapa lelaki bertindak mencabut misai harimau belang berkenaan beberapa kali. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Terima Kasih Abang-Abang PERHILITAN!

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Gajah Liar Ganggu Penduduk Ditangkap

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Harimau Dahan Ditemukan Mati Di WCE, Dipercayai Dilanggar Kenderaan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Lelaki Selamat Selepas Kereta Dipandu Langgar Gajah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi