web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 8:43AM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang lelaki sindrom down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Jalan Rajawali di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Jafri Md Zain berkata, insiden berlaku ketika mangsa, 33, ingin pulang ke rumah di tingkat 16 dan dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada adik perempuannya pada kira-kira 9.20 pagi.

"Berdasarkan laporan oleh adik perempuan mangsa, mangsa mendakwa telah disimbah asid oleh seorang wanita ketika berada di dalam lif hingga melecur pada bahagian badan.

"Mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan. Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa melecur pada sebahagian depan dan belakang badan sebelah kanan disebabkan terkena air panas, bukannya melecur akibat terkena asid dan keadaannya kini dilaporkan stabil," katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti suspek yang disyaki tinggal di kejiranan sama, namun punca kejadian belum diketahui kerana berdasarkan siasatan, mangsa tidak pernah bertegur sapa dengan wanita itu, malah mereka juga tidak pernah berselisih faham.

Jafri berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, hanya suspek dan mangsa berada di dalam lif itu ketika kejadian.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Eh, 'Aunty' Ni Ada Misi 'Mission Impossible' Ke?

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Insiden Bilik Jana Kuasa, Ibu Tahu Anak Melecur Dari Kumpulan Whatsapp

4

Video & Galeri 8 bulan yang lalu

Lelaki Melecur, 12 Motosikal Rosak Akibat Letupan Disyaki Kebocoran Gas

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 16 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

Semasa 5 minit yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri

Sukan 6 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut