web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Persoal Peruntukan RM70 Juta, @ChairmanGLC Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 2:11PM

​Syahredzan Johan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Abah @ChairmanGLC ditahan oleh polis dan bermalam di lokap polis Dang Wangi malam tadi.

Ia susulan ciapannya di Twitter yang mempersoalkan tentang peruntukan RM70 juta yang dikaitkan dengan pembelian vaksin oleh kerajaan.

Peguam dan aktivis, Syahredzan Johan berkata, beliau diberitahu bahawa Abah ditahan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) No 2 susulan ciapan berhubung peruntukan RM70 juta berkaitan vaksin COVID-19.

“Esok permohonan reman. Peguam Rajsurian akan hadir,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Bercakap kepada Getaran di sini, beliau memberitahu, tindakan kerajaan yang tidak menyampaikan maklumat secara telus berhubung peruntukan berkenaan hanya mengundang persoalan ramai.

 “Kerajaan tidak boleh menyalahkan rakyat yang bertanya tentang peruntukan RM70 juta itu kerana dalam masa sekarang, Parlimen masih lagi tidak dibenarkan bersidang dan segala pertanyaan masih tidak dijawab.

“Dengan tiada sidang Parlimen dan sebagainya, pasti mereka tertanya-tanya kemana perginya dana tersebut,” katanya yang juga Setiausaha Politik Lim Kit Siang.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempersoalkan penahanan berkenaan, yang disifatkan tidak seharusnya berlaku. mengambil maklum terhadap insiden yang berlaku.

“Saya ambil maklum tentang penahanan individu @ChairmanGLC. Saya sedang berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai maklumat tentang kes ini. 

“Kita tegas berpendirian yang rakyat tidak patut ditahan hanya kerana mempersoalkan tingkah laku kerajaan,” ujar Ketua Pembangkang itu.

Susulan penahanan tersebut, tanda pagar (hashtag) #BebasChairmanGLC mula trending di Twitter, oleh netizen yang mendesak beliau segera dibebaskan. - Getaran, 5 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia