web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ambil Tindakan Terhadap Pihak Terbabit Laporan Berkaitan Lesen Kasino - PM

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2024 8:18PM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Pihak-pihak yang dikaitkan dalam laporan sebuah agensi berita asing baru-baru ini yang mendakwa kerajaan merancang untuk mengeluarkan lesen bagi pengoperasian kasino di Forest City, Johor, perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap agensi berita berkenaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka yang disentuh (dalam laporan itu) perlu mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Pusat Muktamar Islam Malaysia Airlines (MAB) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa ditanya sama ada kerajaan akan meminta agensi berita berkenaan menarik balik laporan mereka, atau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi berita berpangkalan di New York itu.

Semalam, Perdana Menteri menafikan laporan berita itu, yang mengatakan bahawa kerajaan sedang menimbangkan untuk mengeluarkan lesen kasino kedua bagi Forest City selepas Genting Highlands, dan Anwar menyifatkan laporan itu sebagai tidak betul, dan bohong.

Agensi berita itu mendakwa pengasas Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Tay sedang berbincang dengan kerajaan berhubung pembukaan sebuah kasino di Forest City, Johor.

Laporan yang memetik satu sumber itu berkata, perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.

Projek Forest City yang terletak di Gelang Patah itu bermula pada 2015, yang sehingga kini ia mempunyai 28,000 unit kediaman yang telah siap dibina, dengan fokus utama pemaju tertumpu pada pulau buatan pertama seluas 560 hektar. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

3

Semasa 2 bulan yang lalu

4 Ditahan Bergaduh Di Kasino, Saki-Baki Terlibat Diburu Polis

4

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

Guna Ukiran Nama Allah, Kasino Bally Naikkan Kemarahan Umat Islam AS

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Dera Anjing Pernah Viral, Baling Kerusi Ke Arah Pelatih

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

Semasa 1 hari yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Setiausaha Anggap Tuah Anak Baru Lahir 

oleh Sophia Ahmad