Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Individu Main Isu 3R Wajar Dikenakan Tindakan Tegas - Ahli Akademik

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2024 4:38PM

Gambar - BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang menyentuh isu 3R iaitu raja, agama dan kaum wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat keharmonian serta perpaduan rakyat negara ini, menurut ahli akademik.

Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM) Mujibu Abd Muis berkata tidak timbul isu pendakwaan kes berkenaan dijadikan sebagai satu 'senjata politik' sebaliknya tindakan undang-undang perlu diambil bagi menjamin kestabilan negara dan menghormati institusi diraja.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatiannya, ramai yang semakin berani mengeluarkan kenyataan sensitif berhubung 3R yang jika tidak dibendung akan mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat.

"Mungkin sudah tiba masanya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar lIbrahim memikirkan keperluan untuk mewujudkan akta khusus 3R bagi membendung kenyataan-kenyataan berbaur hasutan yang nampaknya tidak berkesudahan," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu Mujibu berkata, sudah tiba masanya ahli politik di negara ini bersaing secara sihat dan matang tanpa menggunakan isu 3R untuk meraih sokongan.

"Politik adalah saingan idea dan penawaran alternatif bagi memperoleh kesempurnaan bukannya politik secara machiavellian," katanya.

Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik, Pentadbiran Awam dan Pengajian Pembangunan Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, apabila isu sensitif dimainkan sesetengah pihak, ia boleh melemahkan usaha mewujudkan sebuah negara yang harmoni dalam pelbagai konteks termasuk sosial, politik dan ekonomi.

Beliau berkata tidak salah untuk mengkritik dasar kerajaan bagi kebaikan rakyat dan membangunkan negara.

Bagaimanapun katanya hak kebebasan bersuara perlu diterjemahkan setiap pihak dengan cara bermanfaat dan bukannya menimbulkan provokasi dan mengundang perpecahan.

"Perdana Menteri sendiri sering cakap dalam ucapannya bahawa kalau nak menyuarakan apa-apa pandangan boleh cuma jangan menyentuh, menghina, mencerca, memfitnah
dan memanipulasikan isu 3R.

"Bagi saya beliau (Anwar) meletakkan kepentingan negara lebih utama berbanding melayan politik tidak matang," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Perspektif Madani Untuk Kajian Separuh Penggal RMK-12 Bantu Bina Negara Idaman

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

Semasa 2 jam yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Mangsa Disolatkan Di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

Semasa 1 hari yang lalu

Inisiatif Utamakan Artis Veteran Dalam Penganjuran Majlis, Program Ringankan Beban Kewangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Jadi Bunuh Diri, Lelaki Berpaut Di Tiang Jambatan

oleh Rafisqi Radhi