web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sasaran 50,000 Peranti Tidak Tercapai, Inisiatif Cerdik Gagal?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 12:24PM

Gambar hiasan

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan nampaknya gagal mencapai sasaran pengagihan peranti sebanyak 50,000 unit pada hujung Mei bagi membantu melicinkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) buat murid-murid yang kurang berkemampuan.

Menteri Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin hari ini mendedahkan, hanya 12,887 unit peranti sahaja diagihkan kepada 95 sekolah yang berada dalam 51 kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga semalam.

Menurut beliau, 40,290 peranti lagi dijangka diagihkan selesai selewat-lewatnya pada 12 Jun, manakala baki 96,823 unit menjelang akhir September nanti.

“Saya harap penjelasan ini dapat memberikan sedikit maklumat tentang apakah keadaan berkaitan dengan agihan 150,000 unit peranti di bawah Program Cerdik ini,” kata Radzi dalam satu sidang media hari ini.

Inisiatif pengagihan peranti sebanyak 150,000 unit ini dikenali sebagai Cerdik di bawah seliaan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kewangan, dengan Yayasan Hasanah diberi mandat untuk menguruskan aspek pengagihan.

Yayasan berkenaan pada 25 April lalu dilaporkan berkata, sasaran 50,000 unit peranti telah ditetapkan untuk pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) menjelang akhir Mei.

Mohd Radzi bagaimanapun dalam sidang media hari ini, tidak membuat sebarang ulasan berhubung kegagalan itu.

Malah apabila ditanya oleh wartawan sama ada perkembangan pengagihan peranti-peranti tersebut adalah seperti apa yang dijadualkan, Radzi hanya menjawab bahawa pihaknya akan menyegerakan proses agihan itu.

“Kita akan ikhtiar supaya peranti ini dapat dibekalkan segera mungkin. Namun dalam keadaan yang mencabar ini, khususnya dalam konteks bekalan, kita terpaksa menyusun pendekatan yang sedikit berbeza.

“Alhamdulillah, akhirnya kita telah mula mengagihkan semua peranti ini dan kita akan ikhtiar bahawa pada akhir September, kesemuanya akan selesai diagihkan kepada pelajar daripada keluarga B40 yang dipilih,” katanya.

Peranti program Cerdik yang diberi secara pinjaman tersebut adalah sumbangan dari syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) yang berada di bawah naungan Kementerian Kewangan. - Getaran, 6 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia