web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PKRC MAEPS Terima 100,000 Pesakit COVID Sejak Dibuka Disember 2020

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 8:09AM

PKRC MAEPS bukan hanya menerima pesakit kategori 1 iaitu tidak bergejala dan kategori bergejala ringan, namun turut menerima pesakit kategori 3 bagi kes radang paru-paru serta kategori 4 yang memerlukan alat bantuan pernafasan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang  menerima kemasukan lebih 100,000 pesakit sejak dibuka  pada 9 Dis tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata angka itu bukan satu kebanggaan pihaknya kerana ia memerlukan pengorbanan besar petugas barisan hadapan dalam memastikan pesakit mendapat rawatan terbaik.

"Hari ini kita mencatatkan 105,797 kes yang mendapat rawatan di PKRC ini dan memperoleh kerjasama yang baik daripada agensi lain.

Pengorbanan dan komitmen mereka (petugas barisan hadapan) begitu tinggi tidak kira siang atau malam termasuk ketika cuti umum bagi memastikan pengurusan pesakit di PKRC MAEPS ini dapat dilaksanakan dengan baik," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Dr Sha’ari berkata di awal operasi, PKRC hanya menerima pesakit dalam kategori satu iaitu tidak bergejala dan kategori bergejala ringan, namun kemudian turut menerima pesakit kategori tiga iaitu kes radang paru-paru serta kategori empat yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan yang bertungkus lumus bersama 16 agensi lain bagi memastikan pesakit menerima rawatan sebaik mungkin.

"Walaupun terdapat rungutan namun sikap profesionalisme kakitangan di sini dapat mengatasinya dan berharap pesakit yang menerima rawatan berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan," katanya.

Dr Sha’ari berkata kakitangan di pusat kuarantin itu juga berpengalaman dan mampu mengendalikan kes COVID-19 dalam jumlah yang besar.

"Sekiranya berlaku peningkatan jumlah pesakit ke PKRC ini, komitmen dan pengalaman dalam kalangan kakitangan begitu tinggi yang mampu merawat pesakit walaupun dalam jumlah yang ramai.

Kita juga telah melengkapkan beberapa fasiliti di sini seperti mesin x-ray bergerak, mesin ultrabunyi dan menambah bilangan pakar perubatan di samping 1,800 kakitangan lain untuk memberi perkhidmatan yang terbaik," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia