web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPDN Pahang Sita 630 Liter Minyak Diesel Subsidi Disyaki Cuba Diseleweng

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2024 8:54AM

– Gambar Facebook KPDN Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang menyita 630 liter minyak diesel subsidi disyaki cuba diseleweng di stesen minyak di negeri itu menerusi Ops Kesan 2.0.

Pengarah berkenaan, Jezlily Jamaluddin berkata tiga lelaki turut ditahan disyaki cuba menyeleweng minyak diesel bersubsidi dengan membuat pembelian dan mengisi ke dalam tong minyak dan jerigen melebihi had dibenarkan tanpa permit dalam operasi bermula 5 petang hingga 12 tengah malam kelmarin.

Beliau berkata KPDN negeri turut mengambil tindakan ke atas sebuah stesen minyak kerana bersubahat membenarkan pembelian minyak diesel melebihi kuantiti dibenarkan tanpa permit sah.

“KPDN Pahang telah memeriksa 45 stesen minyak secara rambang di seluruh negeri dan mengesan dua aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi berlaku di stesen minyak di Kuantan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya tiga kertas siasatan dibuka ke atas dua individu serta stesen minyak berkenaan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

Jezlily berkata minyak diesel serta dua Toyota Hilux dan sebuah Toyota Innova bersama peralatan lain yang disita keseluruhan bernilai lebih RM191,000.

Katanya operasi melibatkan 27 anggota penguat kuasa KPDN seluruh negeri itu susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel yang berkuat kuasa hari ini bagi memastikan aktiviti penyelewengan bahan api itu di stesen minyak dapat dibendung. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kes Rampasan Diesel Catat Penurunan - Armizan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Peserta ‘Pesta Masakan’ Di Stesen Minyak Sudah Ditahan

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Siapa Yang Masak Di Stesen Minyak Hari Tu? Polis Tengah Cari!

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia