web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Peserta ‘Pesta Masakan’ Di Stesen Minyak Sudah Ditahan

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2024 2:40PM

Tangkap layar video 15 individu 'berpesta masak' di stesen minyak baru-baru ini. - Gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sekumpulan 15 individu yang tular di media sosial selepas ‘berpesta masakan’ di stesen minyak baru-baru ini sudah ditahan polis, kelmarin.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, kumpulan berkenaan yang terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita itu dibebaskan dengan jaminan polis, selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk dirakam keterangan.

Menurut beliau, polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes tersebut.

“Polis juga telah merakam keterangan empat saksi bagi membantu siasatan.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya," katanya, seperti dilaporkan Harian Metro.

Getaran pada 15 Mei lalu memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar yang berkata, polis sedang memburu individu dikesan memasak di stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini.

Menurut Zaiham, polis dimaklumkan mengenai insiden tersebut pada jam 12.35 tengah hari, 14 Mei lalu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kegusaran am kepada orang awam.

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain,” katanya. - Getaran, 20 Mei 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Reman Suami Isteri Edar Dadah Disambung 6 Hari Lagi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Anggota Kumpulan Samun Warga Afrika

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Polis Tembak Mati Penjenayah Di Rawang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah