web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


 Perkampungan Haram Warga Asing Di Cyberjaya Diserbu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 2:14PM

156 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam operasi bersepadu di kawasan tanah terbiar di Cyberjaya, malam tadi. - Gambar Mohd. Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Seramai 156 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu di sebuah ‘perkampungan’ rumah kongsi dilengkapi elektrik dan air yang dicuri di kawasan tanah terbiar di Cyberjaya, malam tadi.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata dalam serbuan selama tiga jam bermula kira-kira 11 malam itu, seramai 202 warga asing diperiksa termasuk 12 wanita berusia lingkungan 23 hingga 50 tahun dan dua kanak-kanak berusia bawah empat tahun yang terdiri daripada warga Indonesia, Myanmar, Pakistan, Bangladesh, Pakistan dan India.

Beliau berkata mereka yang ditahan kerana kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan dibawa ke pusat saringan Jabatan Imigresen Malaysia di Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Khairul Dzaimee Daud
Khairul Dzaimee Daud

Katanya serbuan ke atas penempatan haram yang turut mempunyai kedai kopi dan gunting rambut itu dijalankan dengan kerjasama pasukan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Tenaga Kerja, hasil risikan selama tiga bulan.

“Penempatan ini berpotensi menjadi punca penularan COVID-19 kerana tiada pematuhan prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti penjarakan fizikal dan melakukan aktiviti berkumpulan,” katanya dalam sidang media selepas selepas operasi berkenaan di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Dzaimee menafikan dakwaan bahawa pihaknya hanya mengambil tindakan terhadap pendatang tanpa izin namun tidak menahan atau mendakwa majikan di mahkamah.

“Dakwaan ini tidak benar kerana pada 2019, sebanyak 1,052 majikan yang telah kita hadapkan ke mahkamah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dengan jumlah denda RM19.3 juta,” katanya.

Beliau berkata pada tahun lepas, 519 majikan dituduh di mahkamah atas pelbagai kesalahan dengan jumlah denda bernilai lebih RM10 juta.

Sementara pada tahun ini, setakat bulan lepas, Dzaimee berkata 130 majikan didakwa dengan denda dikenakan berjumlah RM3.2 juta. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia