web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Petugas Media Terima Suntikan Vaksin COVID-19 Mulai Rabu Ini - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 2:39PM

Janji temu bagi tujuan vaksinasi akan mula diterima oleh petugas media hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Para petugas media yang berdaftar dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan mula menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 Rabu ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata janji temu bagi tujuan vaksinasi  itu akan mula diterima oleh petugas media hari ini.

“Ada dalam kalangan mereka mula menerima tarikh janji temu vaksin hari ini. Jadi, suntikan itu akan mula dilaksana pada Rabu.

“Jumlah penerima vaksin dalam kalangan petugas media bagaimanapun belum diputuskan lagi dan kami masih menelitinya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Bulan lepas, Khairy dilapor berkata lebih 5,000 petugas media menerima tarikh janji temu untuk divaksinasi, mulai Jun.

Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata operasi hari pertama PPV KLCC hari ini berjalan lancar.

“Daripada segi operasi, saya lihat ia tersusun dan rata-rata penerima vaksin dalam kalangan warga emas yang hadir juga berpuas hati dengan kelancaran operasi PPV di sini.

“Kami juga akan melihat kemungkinan untuk menggandakan jumlah penerima vaksin dari semasa ke semasa di PPV ini, mungkin antara 10,000 hingga 15,000 orang namun ia bergantung kepada kelancaran program vaksinasi di PPV ini,” katanya.

Ditanya mengenai isu terdapat segelintir warga emas yang dikatakan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca, Khairy berkata pihaknya menyarankan agar golongan itu tidak memilih jenis vaksin.

“Untuk yang tidak hadir pada janji temu ditetapkan, mereka akan mendapat janji temu lain namun perlu diingatkan mereka masih tidak boleh memilih vaksin misalnya mahukan Pfizer.

“Kami tak boleh menjanjikannya. Jadi nasihat saya, supaya ambillah sebarang jenis vaksin yang ditawarkan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 bulan yang lalu

KLFW Kembali Untuk Tahun Ke-12, Kali Ini Di KLCC 

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia