web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Reman Ahli Politik Cabul Peserta Unduk Ngadau Dilanjut 3 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jun 2021 4:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Reman ke atas ahli politik yang didakwa mencabul kehormatan seorang peserta Unduk Ngadau dilanjutkan tiga hari lagi bermula hari ini, bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan.

Majistret Stephanie Sherron Abbie berkata, keputusan itu dibuat selepas permohonan dilakukan pegawai penyiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Sehubungan itu, suspek yang juga ahli perniagaan berusia 52 tahun itu akan direman sehingga Rabu ini.

Dalam kejadian 19 Mei itu, mangsa dikatakan baru selesai menjalani penggambaran program Unduk Ngadau sebelum dipelawa suspek menaiki kenderaannya untuk makan malam di sekitar Kota Kinabalu.

Ketika dalam kenderaan, suspek didakwa meraba mangsa beberapa kali di bahagian paha, badan, tangan dan leher.

Mangsa yang tidak selesa dengan keadaan itu bertindak menepis tangan suspek, namun, lelaki itu tetap berdegil dan meneruskan perbuatan jijik tersebut.

Enggan perkara itu terus berulang dan menimpa gadis lain, mangsa nekad membuat laporan polis pada 21 Mei di Balai Polis Karamunsing. - Getaran, 7 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia