web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pasangan Warga Emas Ditemui Meninggal Dunia Di Ruang Tamu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 7:48AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pasangan suami isteri warga emas ditemukan meninggal dunia di ruang tamu rumah mereka di Taman Scientex, Pasir Gudang di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata, pasangan itu ditemui anak angkat lelaki mereka, yang datang melawat setelah panggilan telefon tidak berjawab.

Beliau berkata, pasangan itu masing-masing berusia 68 dan 61 tahun dipercayai meninggal dunia akibat penyakit lama yang dihidapi, dan hasil bedah siasat ke atas kedua-duanya mendapati wanita berkenaan positif COVID-19.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua mereka dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh 48 jam dan kematian si suami berpunca daripada sejarah penyakit kronik yang dihidapi antaranya strok, sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis.

“Si isteri pula menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis, dan turut disahkan positif COVID-19 setelah ujian saringan dijalankan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata mayat pasangan itu telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru. 

Menurutnya, siasatan mendapati tiada unsur jenayah yang menyebabkan kematian pasangan itu dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia