web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Waspada Macau Scam Menyamar Pegawai LHDN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jun 2021 12:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya sekiranya menerima sebarang panggilan telefon yang memperkenalkan diri sebagai pegawai

Menurut statistik daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 556 kes Macau Scam dikesan sepanjang 1 Januari sehingga 27 Mei lalu, membabitkan kerugian RM15.26 juta.

“Modus operandi digunakan suspek atau scammer ialah dengan menghubungi mangsa melalui panggilan telefon dan memperkenalkan diri sebagai pegawai dari LHDNM, sebelum mendakwa syarikat dimiliki individu berkenaan masih mempunyai tunggakan cukai yang mesti dilunaskan.

“Orang ramai hendaklah sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan Macau Scam yang tidak berputus asa dalam memperdayakan mangsa,” kata LHDNM di sini hari ini.

Menurut LHDN, mangsa kebiasaannya akan membuat penafian, membuatkan panggilan tersebut disambung pula kepada individu yang menyamar sebagai polis, pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM) atau pegawai dari agensi penguatkuasa lain, sebelum memaksa mangsa untuk membuat laporan rasmi.

“Mangsa seterusnya dikaitkan pula dengan kegiatan pengubahan wang haram, pengedaran dadah atau kegiatan jenayah yang lain sehinggakan mereka panik dan terus menyerahkan maklumat perbankan termasuklah nombor TAC/OTP.  

“Mangsa mula menyedari mereka ditipu apabila mendapati wang dalam akaun mereka telah dipindahkan ke akaun bank pihak ketiga, manakala suspek gagal untuk dihubungi. 

Sehubungan itu, LHDNM menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan melakukan pengesahan dengan pihak mereka terlebih dahulu sekiranya menerima panggilan, e-mel atau surat yang meragukan, dengan menghubungi talian Hasil Care Line dan pegawai yang boleh disemak senarainya pada portal rasmi www.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan LHDNM berhampiran. 

“Di samping itu, orang ramai juga boleh membuat semakan modus operandi sindiket penipuan ini melalui media sosial dan portal rasmi LHDNM atau klik capaian pantas berikut: http://www.hasil.gov.my/bt_goindex.php?bt_kump=10&bt_skum=1&bt_posi=1&bt_unit=2&bt_sequ=1

“Adalah ditegaskan bahawa LHDNM tidak akan membincangkan hal berkaitan percukaian melalui panggilan telefon peribadi. Sebarang permohonan maklumat daripada pembayar cukai dan arahan pembayaran cukai tertunggak akan dilakukan secara teratur melalui surat atau e-mel rasmi yang menggunakan domain @hasil.gov.my,” katanya lagi.

Pihak LHDNM juga mengingatkan orang ramai yang ingin membayar cukai, agar membuat pembayaran kepada penama yang betul bagi memastikan bayaran tersebut benar-benar masuk ke akaun LHDNM dan seterusnya mengelakkan diri daripada ditipu oleh scammer.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan LHDNM, boleh dibust melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau di talian 603-8911 1100 (luar negara).

Orang ramai juga boleh menghubungi Hasil Live Chat, atau mengisi borang maklum balas di Portal Rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. - Getaran, 8 Jun 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia