web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


98 Kru Kapal Diraja (KD) Mahawangsa positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 4:08PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan mengesahkan seramai 98 kru Kapal Diraja (KD) Mahawangsa positif COVID-19.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semua anak kapal berkenaan menjalani ujian RTK Antigen COVID-19 sebelum menaiki kapal berkenaan dan didapati negatif.

"Selepas berada beberapa hari di dalam kapal mereka didapati positif, setakat ini semua anak kapal terlibat tidak mengalami sebarang simptom dan mereka telah diasingkan dan kini menjalani kuarantin.

"Insya-Allah selepas 10 hari mereka akan menjalani ujian PCR dan jika negatif mereka akan dibenarkan keluar," katanya pada sidang media melepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin Pandu Lalu Tentera Darat di Kem Perdana Sungai Besi di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang.

Ismail Sabri berkata pihaknya belum dapat memastikan bagaimana anak kapal KD berkenaan dijangkiti virus COVID-19.

“Seperti kita tahu, COVID-19 kini berada dalam komuniti, anak kapal ini dijangkiti COVID-19 sebelum mereka pergi belayar, mungkin ketika mereka berada di rumah atau ketika keluar membeli barang di kedai," katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata pihaknya sedang dalam perbincangan dengan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 Kebangsaan untuk membenarkan Kementerian Pertahanan mendapatkan bekalan vaksin secara terus daripada Pharmaniaga Berhad yang bertanggungjawab membotolkan vaksin jenama Sinovac.

Beliau berkata dengan kaedah itu, imuniti berkelompok bagi anggota tentera, kakitangan awam yang bekerja di Kementerian Pertahanan dan keluarga dapat dicapai dengan segera.

"Secara amnya kita mempunyai seramai 500,000 orang anggota termasuk keluarga mereka, kita sasarkan seramai 200,000 orang menerima vaksin sebulan dan mencapai imuniti dalam tempoh tiga bulan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia