web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Minta, Terima Suapan RM18 Juta, 6 Petugas Bank Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jun 2021 10:14PM

Antara barangan yang dirampas oleh SPRM - Gambar ihsan SPRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam pegawai dan kakitangan sebuah bank ditahan selepas disyaki meminta serta menerima suapan berjumlah RM18 juta, membabitkan 110 transaksi sebagai balasan meluluskan pinjaman peribadi pemohon.

Kesemua suspek berusia 36 hingga 45 tahun jtu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 4.45 petang di Pejabat SPRM Shah Alam, hari ini.

Sumber SPRM berkata, suapan tersebut disyaki bertujuan untuk meluluskan permohonan pembiayaan peribadi daripada pemohon yang sebenarnya tidak layak untuk mendapatkan pinjaman.

"Mereka dipercayai telah meminta dan menerima wang suapan antara 15 hingga 35 peratus daripada sejumlah 110 pinjaman pembiayaan peribadi yang bernilai lebih kurang RM18 juta," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sumber memberitahu, SPRM turut merampas wang tunai kira-kira RM69,000 dan beberapa jam tangan mewah serta telefon bimbit daripada suspek, dengan nilai keseluruhan sitaan melebihi RM100,000.

Katanya, pegawai dan kakitangan tersebut bertugas di beberapa cawangan bank terbabit di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan itu.

“Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi esok untuk permohonan reman bagi membolehkam siasatan lanjut dijalankan terhadap mereka,” katanya. - Getaran, 8 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia