web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhyiddin Menghadap Agong Pagi Ini, Beredar Dari Istana Selepas Sejam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 8:33AM

Muhyiddin Yasin tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong, kira-kira 7.45 pagi tadi. - Gambar Mohd. Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan Istana Negara pada 8.55 pagi tadi selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau tiba di Istana Negara pada pukul 7.45 pagi tadi. Kenderaan rasmi yang membawa beliau, keluar menerusi pintu utama Istana Negara selepas kira-kira sejam pertemuan diadakan.

Difahamkan beberapa siri pertemuan pemimpin parti politik dengan Agong dijangka diadakan secara berasingan hari ini.

Sementara itu, presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadap Agong juga pagi ini.

Dalam pada itu, The Star melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menerima jemputan sama. Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, surat berkenaan dihantar ke pejabat Abdul Hadi di Terengganu pada 4 Jun lalu.

Dalam perkembangan sama, parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Agong di Istana Negara.

Menurut Ketua Penerangan Pro-tem Pejuang, Ulya Aqamah Husamudin kepada Bernama, Pengerusi Pro-tem Tun Dr Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Seri Paduka pada Khamis ini.

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan pula mengakui mendengar desas-desus berkenaan namun tidak dapat memastikan sama ada parti tersebut telah menerima surat jemputan tersebut.- Getaran, 9 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia