web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Menghadap Agong, DAP Suarakan Masalah Ekonomi Dan Program Vaksinasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 4:06PM

Lim Guan Eng meluangkan masa kira-kira lima minit untuk berkongsi serba sedikit berhubung pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong, kepada media di Istana Negara, hari ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permasalahan ekonomi dan program vaksinasi dihadapi negara adalah antara kebimbangan yang disuarakan DAP dalam pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, beliau amat menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong atas perkenan baginda menerima menghadap pihaknya.

Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong amat prihatin terhadap krisis COVID-19 dan kesan ekonomi,  malah sudi mendengar pandangannya sebagai wakil parti yang memperjuangkan nasib rakyat.

“Pada masa sama, kita berharap program vaksinasi boleh dipercepatkan dan Tuanku adalah harapan kerana Parlimen tidak boleh bersidang.

“Tiada ruang untuk rakyat suarakan masalah mereka ketika ini dan kita harapkan Tuanku menjunjung harapan rakyat supaya mereka dapat pembelaan khususnya dari segi bantuan ekonomi," katanya ketika ditemui di perkarangan Pintu 2 Istana Negara, hari ini.

Lim Guan Eng bercakap dengan pemberita selepas menghadap Agong di Istana Negara, hari ini.
Lim Guan Eng bercakap dengan pemberita selepas menghadap Agong di Istana Negara, hari ini.

Guan Eng yang ditemani Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim tiba di Istana Negara  jam 1.57 tengah hari sebelum keluar pada jam 3.15 petang.

Beliau berkata, kebanyakan perbincangannya bersama baginda adalah berkisar tentang ekonomi dan COVID-19.

"Saya juga suarakan betapa perlunya bantuan diberikan kepada rakyat yang susah termasuk di kawasan pembangkang.

"Justeru, kita menyerahkan kepada kebijaksanaan Tuanku untuk membantu menangani senario ini," katanya. - Getaran, 9 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia