web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Perhimpunan Bantah Larangan Solat Jumaat, 2 Individu Dipanggil Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 8:29PM

Tular di media sosial beberapa orang yang membuat gesaan terhadap pemerintah untuk membuka masjid bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAJANG - Polis  Kajang mengesahkan sudah memanggil dua individu bagi memberi keterangan susulan penularan beberapa foto di media sosial yang membabitkan gesaan terhadap pemerintah membuka masjid bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaid Hassan berkata, Abdul Hakim Othman dan Umar Hussein dipanggil memberi keterangan Sabtu lalu.

"Kedua-dua individu tersebut dipanggil memberi keterangan, selepas pihak polis menerima dua laporan mengenai adanya perhimpunan di hadapan masjid berkenan pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

"Pihak polis akan membuat siasatan lanjut mengenai laporan ini dan kami masih menyiasat isu yang tular di laman sosial tersebut," kata Mohd Zaid semasa di hubungi Getaran.

Polis telah memanggil 2 orang untuk diambil keterangan susulan protes yang diadakan pada Sabtu lepas.
Polis telah memanggil 2 orang untuk diambil keterangan susulan protes yang diadakan pada Sabtu lepas.

Pada Jumaat lepas, tular di sosial media satu perhimpunan yang diadakan khas bagi mengkritik pelaksanaan PKP oleh kerajaan.

Abdul Hakim dan Umar Hussein bersama beberapa individu dilihat memegang kertas yang antara lain mempersoalkan larangan menunaikan solat Jumaat, serta kewajaran di sebalik keputusan pihak berkuasa itu.

Mereka turut menayangkan kertas yang menegaskan kewajipan untuk umat Islam menunaikan solat Jumaat melainkan ke atas empat golongan iaitu wanita, hamba sahaya, kanak-kanak dan individu sakit. - Getaran, 9 Jun 2021

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 1 hari yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

2 Warga China Maut, 19 Selamat Bas Persiaran Terbalik Di Genting Highlands

Sukan 1 hari yang lalu

Akhirnya, Hamidin Terima Perkenan Sultan Selangor Untuk Menghadap

oleh Wartawan Getaran