web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kewujudan MAGERAN Akan Rencat Pengurusan Darurat Kesihatan - Ketua SU Sulit PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 11:08AM

Marzuki Mohamad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gesaan beberapa pihak supaya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mewujudkan sebuah badan berkuasa mutlak seperti Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) bukanlah langkah yang sesuai pada masa kini.

Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata cadangan itu adalah langkah ke belakang yang akan merencatkan perancangan kerajaan dan segala usaha penjawat awam, barisan hadapan, pihak industri serta rakyat untuk memulihkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi.

“Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) ketika membuat pengumuman mengenai pelaksanaan Darurat 2021 juga menegaskan bahawa perisytiharan darurat oleh Seri Paduka bukan bermakna negara kita berada di bawah pentadbiran yang berkuasa mutlak seperti pemerintahan ala tentera.

“Kerajaan sivil atau a civilian government masih berfungsi dan ciri civilian government ini mesti dipertahankan sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa,” katanya melalui perkongsian Facebook mengenai pengurusan darurat.

Beliau berkata keadaan yang dihadapi negara pada masa ini amat berbeza dengan situasi pada 1969 apabila darurat diisytiharkan susulan tercetus rusuhan kaum yang mengorbankan nyawa.

Jelasnya pada masa ini Malaysia tidak berhadapan dengan darurat keselamatan, tetapi darurat kesihatan dan negara juga mempunyai Kabinet yang sedang berfungsi.

Menurut beliau, Kabinet yang bersidang setiap Rabu itu membincangkan pelbagai keputusan bukan sahaja mengenai COVID-19, malah melibatkan pentadbiran negara, pengurusan ekonomi, kebajikan rakyat, kewangan, keselamatan, pertahanan, pendidikan, hubungan antarabangsa dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran negara secara keseluruhannya.

Marzuki turut mengingatkan bahawa kerajaan bukan sahaja sedang mengurus pandemik, tetapi turut mengurus kebajikan dan kehidupan rakyat dengan pelbagai kementerian serta jabatan sedang berfungsi untuk menyampaikan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat.

Ini termasuk melalui pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan yang telah diumumkan oleh kerajaan termasuk yang terbaharu PEMERKASA Tambahan bernilai RM40 bilion dengan suntikan fiskal berjumlah RM5 bilion.

“Penyampaian bantuan-bantuan itu mesti diteruskan oleh kementerian dan agensi berkaitan yang berfungsi di bawah pentadbiran sivil tanpa gangguan oleh mana-mana pihak yang berkuasa mutlak,” katanya.

Menurut Marzuki, kerajaan juga telah mempunyai beberapa mekanisme khusus untuk menangani pandemik COVID-19, antaranya melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang bersidang sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Selain itu, kerajaan juga mengadakan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Darurat yang bersidang sekurang-kurangnya sekali seminggu dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

“Kita memang berharap agar keadaan akan kembali pulih seperti sediakala.

“Apabila hampir kesemua penduduk negara kita telah menerima vaksin dan kita telah mencapai herd immunity yang dijangka sebelum akhir tahun ini, sektor-sektor ekonomi dan sosial akan boleh dibuka semula. Kita akan lebih selamat daripada dijangkiti COVID-19.

“Pada ketika itu, saya percaya aktiviti politik dan proses demokrasi juga boleh berlangsung dengan lebih rancak. We will be seeing a more vibrant political and democratic process.

“Bukan sahaja nak adakan sidang Parlimen, nak adakan pilihan raya pun boleh. Jadi, buat masa ini kita tumpukan dahulu usaha kita untuk mengatasi masalah COVID-19.

“Dengan proses vaksinasi yang sedang giat berjalan dan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa, saya percaya kita memerlukan sedikit masa saja lagi untuk keluar daripada krisis yang sedang membelenggu kita pada masa ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan