web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Johor Peruntuk RM241 Juta Untuk Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 1:30PM

Hasni Mohammad - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Johor memperuntukkan sebanyak RM241 juta untuk Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Ihsan Johor 3.0 dalam usaha kerajaan negeri untuk membantu golongan terkesan berikutan pandemik COVID-19, kata Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad.

Ketika mengumumkannya, beliau berkata pakej itu yang dilaksanakan dengan melengkapi usaha-usaha yang diumumkan kerajaan Persekutuan menerusi PEMERKASA Tambahan baru-baru ini, mempunyai 33 inisiatif bertunjangkan dua fokus utama iaitu pemerkasaan pengurusan pandemik dan pengukuhan bantuan keselamatan sosial.

Antara bantuan itu adalah pemberian RM500 secara sekali beri kepada 19,090 pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang berdaftar dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti penyewa premis milik PBT, peniaga pasar malam, pasar pagi, pasar tani dan penjaja.

“Untuk ini, peruntukan berjumlah RM9.5 juta disediakan dan akan diselaraskan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Bahagian Kerajaan Tempatan dan semua PBT. Di bawah inisiatif ini juga, peniaga warung dan gerai makan di luar kawasan PBT turut dibantu melalui permohonan yang disahkan oleh pejabat-pejabat daerah,” katanya secara langsung menerusi laman Facebook rasminya dan Makmur Johor, hari ini.

Beliau berkata sebanyak RM1.74 juta diperuntukkan untuk sektor pelancongan bagi melaksanakan empat inisiatif iaitu bantuan RM2,000 kepada 267 pengusaha hotel bajet berdaftar dan bantuan RM1,000 kepada 551 pengusaha homestay berdaftar.

“Bantuan RM1,000 turut diberikan kepada 60 agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan 600 pemandu pelancong di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Hasni berkata empat inisiatif lagi dijangka mengurangkan hasil kerajaan negeri melibatkan sebanyak RM34.41 juta antaranya meneruskan pengecualian pembayaran sewa rumah di bawah Program Perumahan Rakyat dan Rumah Sewa Kerajaan sehingga 31 Disember 2021, melibatkan 8,743 penyewa.

Beliau berkata kerajaan negeri juga membenarkan penangguhan bayaran lesen penjaja atau perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (mikro), sewa premis dan gerai, sewa tapak pasar malam dan pasar pagi sehingga 31 Disember ini.

Hasni berkata bagi memastikan pelaksanaan inisiatif di bawah PRE Ihsan Johor 3.0 ini menepati sasaran yang ditetapkan, sebuah jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi menyelaras, memantau serta melaporkan status pelaksanaan bantuan yang disalurkan.

“Jawatankuasa ini akan bermesyuarat sekurang-kurangnya dua minggu sekali bagi mendapatkan status kesemua inisiatif PRE Ihsan Johor 3.0 dan seterusnya melaporkan kepada rakyat,” katanya.

Secara keseluruhan, kesemua PRE Ihsan Johor (1.0, 2.0 dan 3.0) melibatkan perbelanjaan sebanyak RM550.95 juta yang dijangka memanfaatkan lebih 1.5 juta penerima.

“Dengan harapan tersebut, PRE Ihsan Johor diharap bakal memberikan kelegaan kepada rakyat Johor yang memerlukan dan mengeluarkan kita daripada belenggu pandemik,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Benut itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan