web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buat Parti Liar Sambut Hari Lahir, 35 Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 8:46AM

Polis tahan 35 individu yang mengadakan parti liar di sebuah residensi di Jalan Conlay, di Kuala Lumpur, tengah malam tadi. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Niat sekumpulan 35 individu meraikan hari jadi seorang doktor dengan mengadakan parti liar di sebuah residensi mewah di Jalan Conlay, di sini, terbantut apabila diserbu polis ketika sedang leka berhibur, tengah malam tadi.

Majlis hari jadi itu dipercayai dirancang berlangsung selama empat hari bermula semalam sehingga Ahad dan bukan saja dihidangkan dengan minuman bercampur dadah, malah turut membabitkan aktiviti seks bebas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Nasri Mansor, berkata serbuan dibuat pada jam 11 malam selepas pihaknya menerima maklumat penganjuran parti liar dari orang awam.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, menyerbu empat unit bilik di tingkat 12 dan 14 residensi berkenaan.

"Dalam serbuan yang dilakukan secara  serentak ke atas empat bilik itu, semua individu terdiri daripada 19 lelaki dan lapan wanita tempatan, lima wanita warga Vietnam, seorang wanita Thailand serta dua lelaki warga China sedang leka berhibur dengan alunan muzik yang kuat.

“Selain aktiviti seks bebas kami juga percaya mereka turut berhibur dengan menggunakan dadah, apabila polis merampas minuman jus dipercayai mengandungi bahan terlarang itu," katanya kepada media selepas serbuan dijalankan.

Nasri berkata, 20 botol minuman Ribena disyaki jus mengandungi dadah, dua kotak kondom, set daun terup dan mangkuk berisi buah dadu serta peralatan sistem audio serta lampu disko adalah antara barangan dirampas dalam serbuan berkenaan.

"Siasatan awal mendapati mereka  menempah empat bilik ini selama dua malam sejak petang semalam (Jumaat) sehingga Ahad untuk berparti.

"Kesemua mereka berusia antara 21 hingga 35 tahun ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.

Nasri berkata kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, Seksyen 4(1) Akta Hiburan dan Akta Imigresen.

Selain itu mereka turut dikenakan kompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021, kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Getaran, 12 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan