web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pusat Panggilan Hubungi Individu Gagal Hadir Temu Janji Vaksinasi Diwujudkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 1:30PM

KPKT mewujudkan pusat panggilan bagi menghubungi mereka yang tidak datang janji temu vaksinasi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewujudkan satu ekosistem sokongan bagi membantu kelancaran program vaksinasi yang antara lain turut meliputi pewujudan pusat panggilan bagi menghubungi mereka yang tidak datang janji temu vaksinasi. 

Menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin berkata inisiatif dengan kerjasama Penggerak Komuniti Negara dan Kementerian Perpaduan itu telah dimulakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah, Ampang sejak Selasa lepas, yang seramai tujuh operator telefon telah dilatih bagi tujuan itu.

Jelasnya menerusi projek rintis berkenaan, seramai 177 individu terdiri daripada tiga kategori iaitu individu yang telah mendapat tarikh janji temu di aplikasi MySejahtera tetapi tidak memberikan maklum balas, individu yang tidak datang suntikan kedua serta individu yang tidak datang suntikan pertama telah pun dihubungi. 

“Saya dapat laporan menyatakan hampir 100 peratus iaitu 97 peratus mereka yang terima panggilan ini memberi maklum balas bahawa mereka akan datang.

 “Ini menunjukkan bahawa pusat panggilan ini beroperasi dengan amat baik bagi memastikan mereka yang mungkin lalai atau tidak dapat maklumat untuk datang ke PPV selain membantu kurangkan beban petugas barisan hadapan di PPV,” katanya selepas meninjau PPV Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah di sini, hari ini. 

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata bagi mereka yang didapati mempunyai masalah pengangkutan untuk PPV sehingga menyebabkan tidak dapat hadir janji temu, pihaknya turut menyediakan pengangkutan untuk membawa mereka pergi dan balik dari PPV berkenaan. 

Mengulas lanjut, Zuraida berkata selain pusat panggilan, sistem sokongan berkenaan juga turut meliputi pasukan jangkauan dengan kerjasama persatuan penduduk, Jabatan Pesuruhjaya Bangunan (COB), Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Rukun Tetangga bagi menggerakkan kempen vaksinasi sehingga ke akar umbi. 

Selain itu, Zuraida berkata bagi melengkapkan lagi sistem berkenaan, klinik bergerak turut disediakan untuk memudahkan pasukan mengunjungi golongan sasar seperti warga emas, Orang Kurang Upaya dan individu terlantar bagi memberi suntikan vaksin.

“Pada masa akan datang mungkin kami akan minta Kementerian Kesihatan untuk benarkan kami turun ke kawasan berkepadatan tinggi macam rumah Program Perumahan Rakyat atau perkampungan kerana mereka mungkin jauh untuk datang ke PPV ditetapkan, jadi biar kami turun ke lapangan,” katanya. 

Jelasnya model ekosistem berkenaan akan diperluaskan lagi ke negeri lain seperti Johor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Pahang bagi meningkatkan lagi kadar pemberian vaksin negara. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad