web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usah Bimbang, Vaksin Selamat Kepada Warga Emas - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 8:09AM

Salah seorang daripada warga emas yang mendapatkan suntikan vaksin di ibu kota baru-baru ini. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Warga emas dinasihatkan agar tidak takut atau bimbang dengan sebarang kemungkinan buruk, sebelum dan selepas mengambil vaksin COVID-19.

Pakar Penyakit Berjangkit, Dr Yazli Yuhana berkata, beliau amat berharap orang ramai terutamanya warga emas tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu yang tular menerusi media sosial, mendakwa suntikan vaksin akan menyebabkan komplikasi kepada penerima.

Menurut beliau, vaksin COVID-19 terbukti selamat diambil warga emas, termasuk yang mengalami masalah kesihatan dan komorbiditi.

“Semua jenis ubat atau vaksin memiliki kesan sampingan, tetapi kesan yang disebabkan oleh vaksin COVID-19 adalah lebih ringan dan bersifat sementara.

“Tetapi sekiranya seseorang itu tidak mengambil vaksin, risiko untuk mendapat jangkitan adalah lebih tinggi dan manfaat suntikan jauh mengatasi risiko," katanya kepada Getaran.

Dr Yazli Yuhana
Dr Yazli Yuhana

Dr Yazli berkata, masyarakat perlu memainkan peranan aktif bagi memastikan warga emas tidak ketinggalan mendapatkan vaksin COVID-19.

“Orang ramai perlu meyakinkan saudara mara mereka yang lebih berusia, sama ada ibu bapa, ibu dan bapa saudara, nenek atau datuk, mahupun jiran untuk mendapatkan vaksin.

“Usahlah terpengaruh dengan golongan anti-vaksin yang menyampaikan maklumat tanpa fakta yang betul, malah kesan sampingan daripada vaksin adalah ringan. Menolak untuk mendapatkan vaksin bukanlah idea yang baik,” katanya lagi.

Beliau memberitahu, kemunculan pelbagai varian baharu turut mengundang kebimbangan ramai, kerana jangkitan boleh berlaku tanpa sebarang gejala awal.

Pengambilan vaksin jelas beliau, dapat melindungi penerima dari berdepan komplikasi serius jika dijangkiti.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) KKM, Dr Kalaiarasu Peariasamy berkata, lebih 150 juta dos vaksin telah diberikan di seluruh dunia dan tiada kesan sampingan yang teruk dilaporkan setakat ini.

Beliau bagaimanapun menasihatkan mana-mana individu yang mengalami alahan teruk atau ‘severe allergic’ untuk  mendapatkan nasihat daripada petugas kesihatan sebelum mengambil vaksin. 

Statistik daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) COVID-19 menunjukkan, Malaysia telah mencatatkan pencapaian jumlah kumulatif pemberian vaksin di seluruh negara melebihi 4.22 juta pada Jumaat.

Menerusi infografik dikongsikan di akaun Twitter rasmi JKJAV, jumlah harian individu yang telah menerima dos kedua dicatatkan sebanyak 30,060. - Getaran, 13 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan