web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sasaran 200,000 Vaksinasi Sehari Akan Minimumkan Tempoh Menunggu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 8:14PM

Orang ramai menunggu untuk mendapatkan vaksin di Dewan PPR Gombak Setia, Gombak. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Kerajaan akan memastikan sasaran 200,000 suntikan vaksin COVID-19 sehari dapat dicapai pada akhir Julai depan sekali gus memendekkan tempoh menunggu dalam kalangan pemohon yang sudah lama berdaftar melalui aplikasi MySejahtera.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata fokus kerajaan ketika ini ialah meningkatkan jumlah kuantiti suntikan harian melalui pelbagai strategi termasuk mewujudkan lebih banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan menambah tenaga kerja terutama vaksinator.

"Sasaran pada Jun telah dapat dicapai iaitu 150,000 suntikan sehari dan fokus seterusnya ialah 200,000 suntikan sehari pada Julai...ada cadangan untuk PPV beroperasi selama 24 jam sehari namun ini perlu diperhalusi kerana petugas juga perlu berehat.

"Sejak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dimulakan pada Februari, sebanyak 4.3 juta suntikan dos vaksin telah diberikan dan jumlah itu masih jauh daripada sasaran 80 peratus imuniti kelompok (26.5 juta penduduk) di Malaysia dan pelbagai usaha sedang kami jalankan untuk meningkatkan jumlah suntikan harian seperti yang disasarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau proses pemberian vaksin di PPV Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini yang turut dihadiri Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus dan Naib Canselor UniSZA Prof Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

UniSZA adalah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pertama di Terengganu yang dijadikan PPV melalui kerjasama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata langkah menjadikan sebanyak 19 IPTA di seluruh negara sebagai PPV dengan sasaran 430,000 suntikan sebulan juga akan membantu kerajaan memendekkan tempoh menunggu pemohon sedia ada sekali gus mencapai sasaran 80 peratus imuniti kelompok pada akhir tahun ini.

Dalam pada itu, beliau turut memuji kecekapan anggota kesihatan di Terengganu yang berjaya menjalankan program pemvaksinan dengan sangat cemerlang iaitu 92.8 peratus kadar penggunaan vaksin yang dibekalkan.

"Kadar penggunaan vaksin ini adalah yang tertinggi dalam negara iaitu daripada jumlah keseluruhan 183,700 dos dibekalkan kepada Terengganu, sebanyak 92.8 peratus telah digunakan dan kini ia berbaki 13,239 dos sahaja,” katanya.

Sementara itu, Hassan Basri berkata seramai 39,000 penduduk sekitar Kuala Nerus akan menerima vaksin dalam tempoh sebulan melalui PPV universiti itu dengan sasaran minima 1,000 suntikan sehari.

"Pemberian vaksin kepada orang ramai secara pandu lalu turut dirancang bagi kes tertentu seperti Orang Kurang Upaya dengan sasaran 300 orang setiap sesi. 

"Bagi menyokong usaha ini, seramai 350 kakitangan UniSZA  digerakkan terdiri daripada petugas barisan hadapan dan sukarelawan dalam kalangan staf dan pelajar serta alumni yang telah berdaftar," katanya yang bercadang turut mengadakan program outreach untuk memberi suntikan kepada penduduk kampung di kawasan pedalaman di Terengganu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad