web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terengganu Catat Pemberian Vaksin Paling Tinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 10:07PM

Ahmad Amzad Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Terengganu menjadi negeri yang mencatatkan kadar pemberian vaksin tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 92.8 peratus, kata Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata, setakat ini negeri itu telah memberikan 170,461 dos daripada 183,700 yang dibekalkan.

“Kadar pemberian vaksin ini adalah yang tertinggi dalam negara iaitu 92.8 peratus, berbanding keseluruhan 183,700 dos yang dibekalkan.

“Sekarang hanya ada baki 13,239 dos sahaja lagi,” katanya kepada media selepas mengadakan tinjauan proses pemberian vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZa), di sini hari ini.

Turut hadir pada program itu ialah Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus.

Tambah Amzad, ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan berbanding dengan negeri lain.

“Seperti Selangor peratusan kadar pemberian hanya 65% atau dari 860, 999 yang dibekalkan dan negeri itu masih memiliki baki dos sebanyak 305,244,” katanya.

Kenyataan itu secara tidak langsung menafikan laporan bahawa Terengganu mencatatkan bilangan penerima vaksin terendah, apabila ramai didakwa tidak hadir pada temu janji suntikan.

Sementara itu, Dr Nor Azimi memberi jaminan bekalan vaksin di Terengganu mencukupi walaupun kini hanya berbaki 13,239 dos.

“Bekalan vaksin kita terima setiap minggu iaitu setiap hari Khamis dan setakat ini kita terima 15,210 dos vaksin Pfizer.

“Sinovac pula kita akan dapat lagi 12,080 dos dan dicampur dengan baki yang kita ada, memang mencukupi,” katanya. - Getaran, 13 Jun 2021


Keterangan Gambar
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata Terengganu mencatatkan kadar pemberian vaksin tertinggi di Malaysia.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan