web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesakit COVID-19 Sembunyi Dalam Kebun, Elak Ke Hospital

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 8:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KINABATANGAN - Pesakit COVID-19 yang melarikan diri dari rumahnya di Tongod, dipercayai kerana mahu mengelak daripada dibawa ke hospital, ditemukan bersembunyi di sebuah  kebun berdekatan rumahnya kira-kira 6.50 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt Dzulbaharin Ismail berkata lelaki warga emas berusia 69 tahun itu, kemudiannya diserahkan kepada pihak petugas kesihatan untuk tindakan selanjutnya.

Pukul 12 tengah hari semalam, beliau berkata pesakit itu didapati tiada di rumah ketika sepasukan petugas kesihatan dari Klinik Kesihatan Tongod datang untuk menjemputnya untuk dibawa menerima rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan.

"Rumahnya juga berada dalam keadaan berkunci dan tidak berpenghuni. Sebelum itu dia dilaporkan  sedang mengemas barangannya setelah dimaklum akan dibawa ke hospital,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau selepas mendapati pesakit itu tiada di rumahnya, petugas Klinik Kesihatan Tongod telah balik ke klinik dan menunggu pesakit itu datang, namun lelaki itu tidak muncul menyebabkan laporan polis dibuat bagi tujuan mengesan kedudukannya kerana dikhuatiri akan menjangkiti orang awam.

Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memberikan kerjasama dan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini. - Bernama 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan