web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Melaka Benarkan 100 Jemaah Solat Jumaat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 7:50PM

Che Sukri Che Mat

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan seramai 100 jemaah menunaikan solat Jumaat pada satu-satu masa di tujuh masjid kerajaan dan separuh dari jumlah itu di masjid dan surau Jumaat di kariah seluruh negeri, mulai esok.

Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, jemaah bagi solat fardu dan solat jenazah bagaimanapun dikekalkan kepada 12 orang, seperti yang ditetapkan sejak pelaksanaan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada 1 Jun lalu.

Beliau berkata, tujuh masjid kerajaan ialah masjid ditadbir secara terus oleh JAIM manakala masjid dan surau Jumaat ditadbir oleh Pengerusi dan ahli jawatankuasa (AJK) yang dipilih anak kariah masing-masing.

"Bagaimanapun jumlah maksimum yang ditetapkan adalah tidak termasuk anggota keselamatan beruniform dan pemantau dari JAIM.

"JAIM berhak menarik semula kebenaran itu sekiranya masjid atau surau didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan berkaitan pandemik COVID-19," katanya.

Menurut beliau, kebenaran itu diberikan berdasarkan situasi semasa, selain persetujuan kerajaan negeri melalui keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Melaka pada 16 Jun lalu, yang bersetuju mengeluarkan ketetapan baharu berkaitan jumlah maksimum jemaah solat Jumaat.

"Perubahan kepada ketetapan ini berkuatkuasa pada 18 Jun (esok) sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

"Bagaimanapun, aktiviti lain di masjid antaranya majlis bacaan surah Yasin dan tahlil, ceramah agama, akad nikah, kursus, bengkel, jamuan serta gotong-royong masih dilarang," katanya.

Mengulas lanjut Che Sukri berkata, pihaknya memohon agar jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini mematuhi ketetapan yang ditetapkan.

Sebelum ini, jumlah jemaah solat Jumaat dan fardu di masjid di negeri ini dihadkan kepada 12 orang, berikutan sekatan pergerakan penuh PKP 3.0 di seluruh negara mulai 1 Jun lalu hingga 28 Jun ini. - Getaran, 17 Jun 2021


 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan