web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program All Together Now Malaysia, 77 Individu Dipanggil Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 7:54AM

Polis akan memanggil semua pihak yang terlibat dalam program ATNM untuk memberikan keterangan bagi siasatan ketidakpatuhan perlanggaran SOP.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Seramai 77 individu termasuk juri selebriti dan peserta program hiburan televisyen ‘All Together Now Malaysia’ (ATNM) telah memberi keterangan kepada polis berhubung isu ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Putrajaya A. Asmadi Abdul Aziz berkata seramai 50 juri, 25 peserta dan dua pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya sejak 8 Jun lepas untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata keterangan pegawai KKM terbabit adalah untuk membantu siasatan jika wujud kesalahan berdasarkan bukti yang ada.

"Siasatan masih lagi dijalankan,” katanya kepada media menerusi aplikasi WhatsApp hari ini mengenai perkembangan kes itu.

Program pencarian bakat terbitan Astro Production itu disiarkan pada 6 Jun dan mengundang pelbagai reaksi selepas juri terbabit dirakam tanpa memakai pelitup muka.

Pada 11 Jun lepas, Ketua Polis Daerah Putrajaya ketika itu ACP Mohd Fadzil Ali memaklumkan bahawa semua pihak yang terlibat dalam program ATNM akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Mohd Fadzil berkata siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Pemulihan) kerana tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan