web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelajar SPM, STPM Terima Vaksin Bulan Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 2:25PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Pelajar yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dijadualkan menerima suntikan Vaksin COVID-19, akhir bulan depan.

Menteri Penyelaras  Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata suntikan dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech itu dijangka dilakukan di sekolah masing-masing.

Katanya, keputusan tersebut dibuat atas permintaan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Jidin.

"Dr Radzi mahu memberikan suntikan vaksin itu kepada pelajar tingkatan lima dan tingkatan enam yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

"Oleh itu, pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM akan menerima suntikan dos pertama pada akhir Julai atau awal Ogos depan dan selepas tiga minggu, dos kedua akan diterima pelajar terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bertindak PICK peringkat negeri Pahang bersama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini.

Semalam, Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) akan memberi keutamaan kepada pelajar bakal menduduki peperiksaan diberi suntikan vaksin.

Dr Radzi berkata, ia susulan kelulusan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) bagi penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

"Alhamdulillah. Cadangan KPM (Kementerian Pendidikan) agar murid kelas peperiksaan diberi keutamaan untuk divaksin telah dipersetujui oleh CITF yang dipengerusikan Khairy," kata Dr Radzi.

Sementara itu, Khairy memaklumkan kerajaan sedang berusaha memastikan proses suntikan vaksin bagi penduduk di Pantai Timur diselesaikan sebelum bulan Oktober ini. 

Katanya, sasaran itu ditetapkan bagi memastikan tidak timbul masalah sekiranya berlaku musim tengkujuh di negeri berkenaan.

“Kita cuba susun semula jadual pengagihan (bekalan vaksin) supaya kita ambil kira musim tengkujuh bagi negeri-negeri yang terkesan dengan musim tengkujuh. Kita harap dapat selesaikan (proses vaksinasi) seperti dijadualkan.

“Kalau kita tidak berjaya (menyelesaikan vaksinasi sebelum musim tengkujuh) kita kena tengoklah apakah strategi untuk kita memberikan vaksin ketika musim tengkujuh,” katanya.

Ditanya mengenai isu bekalan vaksin yang didakwa agak perlahan diagihkan kepada kerajaan negeri, beliau berkata perkara itu sudah dijelaskan sejak bulan Februari lalu dan memaklumkan penghantaran vaksin belum mencapai tahap maksimum.

“Kita mengikut jadual penghantaran disediakan pihak pengeluar vaksin, di mana-mana pun berlaku (kelewatan) jadual penghantaran dan dari awal lagi saya sudah maklumkan, pada peringkat awal, memang perlahan (pengharantan vaksin).

“Selepas bulan Jun, Julai akan meningkat, mungkin rakyat ingat 30 juta dos yang kita tempah itu dihantar serentak pada bulan Februari, tidak ada. Tiap minggu mereka akan hantar,” katanya.  - Getaran, 18 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad