web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jumpa Pistol, 5 Butir Peluru, 3 Beranak Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 7:18PM

Seorang lelaki bersama ibu bapanya ditahan selepas penemuan sepucuk pistol bersama 5 butir peluru di sebuah rumah di Kampung Pauh, Pasir Mas, semalam. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Seorang peniaga rokok, beras dan pakaian seludup bersama ibu bapanya ditahan susulan penemuan sepucuk pistol jenis Revolver dan lima butir peluru di sebuah rumah di Kampung Pauh, di sini, semalam. 

Peniaga lelaki berusia 34 tahun itu ditahan bersama kedua ibu bapanya yang masing-masing berusia 61 dan 68 tahun pada jam 9.30 malam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, senjata berbahaya itu ditemui Pasukan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Pasukan Operasi Risikan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah yang menjalankan pemeriksaan.

Menurut beliau, ia ditemui di bahagian belakang rumah itu.

"Susulan penemuan itu, tiga beranak terbabit termasuk bapanya yang juga pesara guru ditahan dan dibawa ke IPD Pasir Mas bersama barang rampasan bagi tindakan lanjut. 

"Peniaga itu bagaimanapun menafikan dia adalah pemilik pistol angin dan peluru tersebut," katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata, soal siasat lanjut akan dijalankan sebaik sahaja perintah tahanan reman ke atas suspek diperolehi.

Beliau menarik perhatian, semakan mendapati pemuda itu memiliki 17 rekod kesalahan lampau termasuk berkaitan penyalahgunaan dadah, cabul dan curi kenderaan.

"Polis turut merampas satu komponen senjata api, tiga telefon bimbit dan dua kenderaan masing-masing sebuah kereta Suzuki Swift dan sebuah kenderaan Volkwagen Golf," katanya.

Beliau berkata, kedua ibu bapa suspek mungkin tidak terbabit dalam kes itu dan ditahan untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960," katanya. - Getaran, 18 Jun 2021


 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan