web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Kes Radang Otot Jantung Susulan Penggunaan Vaksin COVID-19 mRNA - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 2:47PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada sebarang kes miokarditis dan perikarditis susulan penggunaan vaksin COVID-19 jenis mRNA dikesan di Malaysia setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menjalankan penilaian risiko ke atas isu keselamatan berkaitan perkara itu berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada badan-badan regulatori dan rujukan antarabangsa.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merumuskan bahawa profil keselamatan vaksin ini kekal positif dan penggunaannya dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan tidak terjejas.

“Manfaat semasa bagi pemberian vaksin ini adalah jauh melebihi risikonya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Miokarditis merupakan radang pada otot jantung manakala perikarditis pula merujuk kepada radang pada lapisan luar jantung.

Simptom atau gejala yang dikaitkan dengan miokarditis dan perikarditis termasuk sakit dada, perubahan pada kadar degupan jantung serta kesukaran untuk bernafas.

Kenyataan Dr Noor Hisham itu susulan laporan beberapa negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Singapura baru-baru ini, berhubung risiko miokarditis dan perikarditis yang dikaitkan dengan penggunaan vaksin COVID-19 jenis mRNA.

Beliau berkata ketika ini hanya satu jenis vaksin mRNA sahaja iaitu Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang diluluskan pendaftaran bersyarat di Malaysia.

Menurutnya hingga 13 Jun lepas, sejumlah 2,793,826 vaksin jenis itu diberikan kepada rakyat negara ini melibatkan sebanyak 1,676,959 dos pertama dan 1,116, 867 dos kedua.

“Sehingga kini tiada kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) atau kesan tidak diingini dialami selepas menerima vaksin, spesifik untuk miokarditis atau perikarditis yang diterima oleh NPRA dan KKM,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata KKM juga mendapati tiada tindakan regulatori yang diambil oleh badan rujukan antarabangsa lain seperti Agensi Perubatan Eropah (EMA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke atas produk vaksin COVID-19 jenis mRNA.

“Penilaian masih dijalankan bagi menentukan hubung kait isu ini dengan vaksin COVID-19 jenis mRNA.

“KKM akan sentiasa menjalankan pemantauan berterusan melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin sentiasa terjamin,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan