web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RMK-12 Ambil Kira Pelan Pemulihan Negara - Mustapa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 3:37PM

Mustapa Mohamed - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JELI - Laporan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan mengambil kira semua faktor berhubung keadaan semasa serta pasca COVID-19 termasuk Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata setakat ini, RMK-12 itu sudah hampir selesai sepenuhnya iaitu 97 peratus dan laporannya akan dibentangkan kepada jemaah menteri dalam masa terdekat.

“RMK-12 ini sudah pasti akan mengambil kira semua keadaan COVID-19, pasca COVID-19 dengan norma baharu serta PPN dan semua ini akan ada dalam RMK-12," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan Program Outreach Vaksinasi di Pejabat Ahli Parlimen Jeli, di sini hari ini.

Mustapa berkata demikian selepas ditanya berkenaan ulasan Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA) Fakhrurrazi Rashid pada 17 Jun lepas, yang berpendapat bahawa PPN perlu dijadikan sebahagian daripada RMK-12.

Mengenai kenyataan beberapa pihak yang menyatakan PPN dilihat seakan ‘separuh masak’ atau tidak membawa perubahan besar untuk memulihkan negara pasca COVID-19, Mustapa berkata setiap strategi dilaksanakan kerajaan telah dibincang secara teliti.

Justeru, beliau memohon semua pihak dan rakyat agar bersabar dan memberi kerajaan sedikit masa dalam memastikan PPN berjaya mencapai matlamat yang menggariskan tiga indikator ambang utama atau ‘threshold’.

“Keadaan sekarang ini memberi tekanan yang besar kepada kedudukan negara terutamanya daripada aspek kewangan dan tidak pernah berlaku dalam negara kita di mana kita menghadapi krisis kesihatan ekonomi paling teruk,” tambahnya.

Pada 15 Jun lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat dan setiap fasa berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Indikator pertama ialah keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian; kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala indikator ketiga adalah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang lengkap menerima dua dos suntikan vaksin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan