web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Teliti Permohonan Sektor Perniagaan Lanjut Operasi Hingga 10 Malam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 6:30PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JELI - Kerajaan sedang meneliti permohonan pemain industri untuk membenarkan operasi sektor perniagaan dilanjutkan hingga 10 malam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata perkara berkenaan perlu mengambil kira pelbagai pandangan memandangkan ada perbezaan pendapat mengenainya.

“Sekarang kerajaan belum membuat keputusan berhubung perkara ini (operasi perniagaan dilanjutkan hingga 10 malam) tetapi rayuan itu ada dan kita faham keperluan kenapa ia perlu dilanjutkan.

“Namun, kita ada dua isu iaitu satu kumpulan di Malaysia merasakan apabila kes masih mencatatkan 5,000 hingga 6,000 sehari, mereka mahu supaya peraturan diperketat lagi. Maknanya, kerajaan perlu ambil tindakan supaya jangan buka terlalu banyak sektor ekonomi.

“Ada satu kelompok seperti peniaga, pemilik restoran, perusahaan industri kecil dan sederhana (PKS) yang tertekan lebih dari setahun ini berharap serta memohon kerajaan melonggarkan sedikit peraturan itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Program Khidmat Masyarakat Vaksinasi di Pejabat Ahli Parlimen Jeli, di sini hari ini.

Menerusi pelaksanaan PKP 3.0 ketika ini, waktu operasi bagi kebanyakan sektor ekonomi yang dibenarkan dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata perkara itu akan dipertimbangkan dan diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berpandukan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Kewangan.

“Pihak berkaitan yang menguruskan krisis sebegini, sudah pasti mereka akan lihat yang mana terbaik untuk dilaksanakan bagi rakyat dan negara. Apa yang pasti, akan ada keseimbangan,” katanya.

Mengenai perkembangan moratorium bagi mereka yang terkesan dengan PKP 3.0, Ahli Parlimen Jeli itu berkata Kementerian Kewangan bersama industri perbankan sedang meneliti dan mengkaji rayuan daripada pelbagai pihak termasuk persatuan-persatuan seluruh negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

KWSP Terima Lebih 2 Juta Permohonan Pindahan Dari Akaun Sejahtera Ke Akaun Fleksibel

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad