web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: Majlis Doa Selamat Cetus Kluster Di Sandakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2021 8:06AM

Masidi Manjun - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebanyak 25 kes positif COVID-19 dikesan setakat semalam membabitkan Kluster Kampung Nelayan Tengah, Sandakan yang dicetuskan melalui penganjuran majlis doa selamat, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri mengenai COVID-19 berkata kes indeks bagi Kluster Kampung Nelayan Tengah itu melibatkan seorang wanita berusia 45 tahun yang dikesan positif di sebuah klinik swasta di Sandakan pada Rabu lepas (16 Jun).

"Kes indeks mengalami gejala demam dan insomnia sejak 11 Jun, saringan terhadap 45 kontak rapat mengesan 24 lagi kes positif manakala 21 masih menunggu keputusan sampel diambil," katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata satu lagi kluster baharu direkodkan semalam ialah Kluster Jalan Bundusan di Penampang melibatkan pekerja kilang memproses makanan dan sembilan kes positif telah dikesan.

Masidi berkata kes indeks pekerja lelaki kilang berusia 43 tahun itu tidak mempunyai sebarang gejala dan dikesan positif melalui ujian saringan bersasar di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Taman Puri Warisan di sini, semalam.

"Berikutan kes indeks itu, majikan kilang tersebut melaksanakan ujian saringan di tempat kerja dan mengesan lapan lagi kes positif COVID-19," katanya.

Sementara itu, Masidi berkata jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah pada hari ini ialah 163 menjadikan jumlah kumulatif 67,541 kes manakala jumlah kumulatif sembuh meningkat kepada 64,973 orang dengan kesembuhan 241 lagi pesakit hari ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan