web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjaga Mati Diserang Gajah Naik Minyak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 3:08PM

Seorang penjaga gajah warganegara Thailand maut diserang gajah ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di Santuari Tasik Kenyir.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Seorang warga Thailand maut diserang gajah jagaannya ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di Santuari Tasik Kenyir di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Berang, Deputi Superintendan (DSP) Mohd Adli Mat Daud berkata, anggotanya dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.15 pagi hari ini oleh pihak pengurusan santuari tersebut.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kira-kira jam 9.45 pagi, mangsa yang dikenali sebagai Anucha Tangsaku, 38, sudah tidak bernyawa dengan kesan terbelah di bahagian perut serta luka di paha.

“Menurut saksi, Anucha bertugas sebagai penjaga gajah atau mahout dan berada di kandang haiwan berkenaan bagi menjalankan kerja pembersihan serta memberi makan.

“Saksi tidak lama kemudian mendengar suara Anucha yang seperti dihempap benda berat,” katanya kepada media di sini.

Mohd Adli berkata, saksi yang pergi ke lokasi mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, manakala belalai gajah diberi nama Tenang itu memiliki kesan darah.

“Berdasarkan maklumat, emosi Tenang yang berusia 22 tahun dikatakan tidak tenang kerana sering diganggu kumpulan gajah liar di kawasan berkenaan,” katanya.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk proses bedah siasat dan saringan COVID-19. - Getaran, 23 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 15 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad