web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sabah Benarkan Solat Aidiladha, Ibadah Korban Ketika PKP

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 7:54AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah membenarkan solat sunat Aidiladha dan ibadah korban dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang juga jurucakap rasmi kerajaan negeri mengenai COVID-19 dalam kenyataan malam ini, bagaimanapun berkata kebenaran tersebut tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) PKP bagi mengekang penularan pandemik tersebut. 

Katanya, solat sunat Aidiladha dibenarkan dengan jumlah jemaah satu pertiga daripada kapasiti dewan solat atau 50 orang atau mana-mana lebih rendah, selain jemaah perlu melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 serta mematuhi syarat lain yang ditentukan pihak berkuasa agama negeri tertakluk kepada situasi semasa COVID-19.

Beliau berkata ibadah korban pula dibenarkan kecuali di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa negeri atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Penyembelihan perlu dilakukan di rumah sembelihan, rumah penyembelihan ruminan swasta yang berlesen, selain itu juga dibenarkan diadakan di masjid dan surau serta kawasan lapang seperti balai raya dan dewan namun dengan kebenaran pihak berkuasa yang berkaitan.

"Jumlah haiwan sembelihan di masjid dan surau tidak lebih daripada lima ekor sehari kecuali kambing 10 ekor dan pengecualian bilangan haiwan itu diberikan sekiranya diproses di rumah penyembelihan yang dibenarkan," katanya menerusi kenyataan malam ini.

Masidi berkata jumlah petugas penyembelihan tidak melebihi 20 orang dan telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 selain sihat tubuh badan, dan hanya agihan daging korban secara penghantaran ke kediaman masing-masing dibenarkan.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak 129 kes baharu COVID-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 68,029 kes dan jumlah yang sembuh adalah 338 orang menjadikan jumlah kumulatif 65,895 orang.

Katanya, tujuh kematian turut direkodkan iaitu dua kes di daerah Tawau manakala Sandakan, Kunak, Kudat, Penampang dan Keningau masing-masing mencatatkan satu kes kematian. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan