web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Daerah di Sarawak Jadi Penyumbang Terbesar Kes Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 7:59AM

Lebih separuh kes positif COVID-19 dikesan di 5 daerah di Sarawak pada Rabu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak mencatatkan 577 kes baharu positif COVID-19 semalam dengan 300 kes atau 51.99 peratus kes dikesan di lima daerah iaitu Kuching, Pakan, Bintulu, Kanowit dan Meradong.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah kes baharu itu, 297 kes merupakan saringan individu yang mempunyai kontak kepada kes positif; saringan individu dalam kluster aktif sedia ada (190 kes); lain-lain saringan di fasiliti kesihatan (55 kes) dan saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan (35 kes).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak ialah 61,566.

Menurut JPBN tiga lagi kematian direkodkan semalam menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan COVID-19 meningkat kepada 392 orang.

Dalam kenyataan sama, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan empat kluster baharu iaitu kluster Sungai Kotak (Meradong), Kluster Nanga Tada (Kanowit), Kluster Jalan Kuala Tatau (Tatau) dan Kluster Tanjong Lelengau (Pakan), masing-masing melibatkan komuniti rumah panjang.

Kluster Sungai Kotak (Meradong) melibatkan upacara pengebumian dengan 101 individu telah disaring dan 34 daripada mereka dikesan positif COVID-19 termasuk kes indeks, 25 kes didapati negatif dan 42 kes lagi masih menunggu keputusan makmal.

Kluster Nanga Tada (Kanowit) pula melibatkan upacara ‘miring’ prasambutan gawai membabitkan tiga rumah panjang.

“Sejumlah 179 individu telah disaring dengan 107 didapati positif, 70 kes negatif dan dua kes masih menunggu keputusan makmal,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBN, Kluster Jalan Kuala Tatau (Tatau) dan Kluster Tanjong Lelengau (Pakan), masing-masing mencatatkan 22 dan 52 kes positif merupakan kluster komuniti yang dikesan melibatkan rumah panjang akibat pergaulan sosial dan kontak rapat dalam kalangan penduduk. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan