web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih 150 Kemalangan Libat Penunggang Penghantar Makanan dari Mac-Jun 2020

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 4:53PM

Pengembangan ekonomi gig dan perkhidmatan e-hailing semasa penularan COVID-19 telah menyebabkan peningkatan kemalangan membabitkan penunggang e-hailing. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lebih 150 kes kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal perkhidmatan penghantar makanan direkodkan dari Mac hingga Jun 2020, menurut statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan Perkeso Dr Azlan Darus berkata pengembangan ekonomi gig dan perkhidmatan e-hailing semasa penularan wabak COVID-19 ketika ini, telah menyebabkan peningkatan kemalangan membabitkan penunggang e-hailing.

"Jumlahnya terus meningkat dan menjelang hujung tahun ini, semakin banyak kemalangan berlaku, maka atas faktor inilah, isu pekerjaan yang berkaitan dengan keselamatan adalah penting untuk ditangani dari aspek perlindungan dan pencegahan," katanya dalam ucaptama pada persidangan maya Vision Zero Webinar Series: Work-Related Road Safety (Keselamatan Jalan Raya Berkaitan Kerja) di sini, hari ini.

Webinar anjuran bersama Perkeso dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) ini merupakan sebahagian daripada inisiatif badan terlibat di bawah Vision Zero Malaysia.

Menurut Azlan kes kemalangan semasa ulang alik ke tempat kerja telah meningkat hampir 83 peratus dalam tempoh 10 tahun lepas iaitu dari 20,810 kes pada 2009 kepada 38,142 pada 2019 dan jumlah kematian tiga kali ganda lebih tinggi berbanding kematian industri pada tahun 2020.

Katanya, kajian sosial Perkeso menunjukkan bahawa lebih 55 peratus kemalangan pekerja berlaku dalam jarak 5km dari destinasi ke tempat kerja dan 65 peratus kemalangan dalam perjalanan melibatkan orang muda berusia di bawah 40 tahun, dengan 80 peratus daripadanya adalah lelaki.

"Sebilangan besar kemalangan berlaku akibat keletihan dan kerana bergegas hendak ke destinasi tepat pada waktunya. Setiap tahun, lebih RM1 bilion pampasan dibayar untuk kecederaan dan kematian akibat kemalangan jalan raya.

"Bagaimanapun, kesan kemalangan semakin mendalam. Melampaui aspek wang pampasan, ia mencetuskan kesan psikologi dan sosial dalam kalangan keluarga dan masyarakat di negara ini, “ katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dalam ucapan alu-aluannya berkata dalam usaha memperkukuhkan perlindungan keselamatan sosial kepada individu yang bekerja sendiri termasuk pekerja gig yang berdepan penularan wabak COVID-19, Perkeso merangka tiga program bersesuaian bagi individu yang bekerja sendiri sebagai perlindungan sosial di bawah pelbagai pakej rangsangan ekonomi negara.

Inisiatif di bawah peruntukan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 itu adalah PenjanaGig, SPS Lindung dan SPS Prihatin Wanita.

"Program-program ini memberi perlindungan kepada individu berinsurans bekerja sendiri daripada kecederaan pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalankan aktiviti berkaitan pekerjaan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad