web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jual Tanpa Tender Terbuka, Syed Saddiq Musykil Tindakan Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 1:47PM

Beberapa pihak telah meminta supaya cadangan penjualan LTSAAS kepada syarikat swasta dibatalkan. - Gambar Sadiq Asyraf

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cubaan kerajaan menswastakan Lapangan Terbang Subang tanpa tender terbuka mula meraih perhatian ramai, ketika isu penjualan aset negara itu semakin hangat diperkatakan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, beliau musykil dengan tindakan kerajaan yang hanya memilih kertas cadangan dari satu entiti swasta, tanpa permohonan bagi cadangan (RFP) tender terbuka.

Menurut beliau, dasar penswastaan walaupun terbukti mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara, ia bukan alasan untuk mengenepikan prosedur yang telus.

"Mana-mana entiti yang berurusan dengan aset negara harus dibuat melalui tender terbuka dan sekiranya perlu, ia harus dibahaskan di dalam Dewan Rakyat.

“Malangnya, ketelusan prosedur bukanlah satu keutamaan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang melihat penjualan aset negara pada tempoh darurat sebagai perkara biasa," katanya.

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu turut melahirkan rasa hairan, apabila melihat kerajaan seolah-olah tergesa-gesa melakukan urusan penjualan Lapangan Terbang Subang sewaktu Parlimen ditutup, manakala negara berada dalam keadaa darurat.

“Rakyat mahukan kepimpinan yang telus dan mengutamakan agenda ekonomi negara, bukannya kepimpinan yang bersembunyi di sebalik nama serta wang tauke besar,” bidasnya.

Lapangan Terbang Subang – yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dimiliki oleh syarikat berkaitan kerajaan, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Pagi tadi Pengerusi MAHB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mendedahkan, cadangan penjualan LTSAAS telah dibuat sebanyak tiga kali dan beliau masih menaruh harapan supaya perkara itu tidak menjadi kenyataan. 

Empat hari lalu, gabungan kesatuan pekerja MAHB di seluruh negara mendakwa penjualan LTSAAS kepada syarikat swasta, WCT Holdings, masih dilobi secara agresif oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan.

MAHB berpotensi mencatatkan kerugian berjumlah RM11.9 billion dengan penjualan LTSAAS berdasarkan tempoh perjanjian konsesi lapangan terbang tersebut yang hanya akan tamat pada 2069.

WCT Holdings dipengerusikan oleh Tan Sri Desmond Lim. – Getaran, 25 Jun 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad