web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Buka Kertas Siasatan Ahli Politik Anjur Program Tanpa Kebenaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 2:22PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Polis Melaka membuka kertas siasatan berhubung laporan mengenai seorang ahli politik di negeri ini yang didakwa menganjurkan program tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Timbalan Ketua Polis Melaka SAC Razali Abu Samah berkata ia susulan satu laporan diterima pihaknya di Balai Polis Tanjung Minyak berhubung program berkenaan yang diadakan mulai pukul 10 pagi hingga 5 petang, di Taman Rambai Jaya semalam.

Beliau berkata pihaknya akan memanggil penganjur untuk memberi keterangan dan menyiapkan kertas siasatan sebelum dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

"Polis telah menasihati penganjur lebih awal supaya tidak mengadakan program tersebut tetapi ia masih diteruskan.

"Kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 16 Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit dan kita juga pernah membuka kertas siasatan terhadap penganjur sama sebelum ini kerana menganjurkan program di Bukit Rambai pada 7 Jun lalu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

Dalam pada itu Razali berkata setakat ini polis Melaka telah mengeluarkan 895 kompaun berjumlah RM2.685 juta  membabitkan pelbagai kesalahan sejak tempoh pelaksanaan PKP 3.0.

Beliau berkata antara kesalahan yang dilakukan ialah merentas daerah atau negeri tanpa kebenaran membabitkan 328 kes, pusat hiburan (15 kes) dan majikan tidak memastikan pekerja asing menjalani ujian COVID-19 (15 kes).

Katanya kesalahan lain termasuk tidak menjalani perintah kuarantin wajib (individu) sebanyak dua kes, aktiviti menyukarkan penjarakan fizikal (15 kes) dan kesalahan-kesalahan kecil dengan denda berjumlah antara RM1,500 dan RM10,000.- Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad