web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Majlis Akad Nikah Di Selangor Dibenarkan Mulai 1 Julai - JAIS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2021 9:22PM

Pelaksanaan majlis akad nikah di Selangor dibenarkan mulai 1 Julai namun mengikut SOP yang ditetapkan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pelaksanaan majlis akad nikah di Selangor dibenarkan mulai 1 Julai, kata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

JAIS menerusi hantaran di Facebook @Jabatan Agama Islam Selangor hari ini berkata majlis akad nikah perlu dilakukan dengan kehadiran fizikal pasangan di pejabat JAIS serta Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja.

Menurutnya pasangan yang dibenarkan melangsungkan akad nikah adalah yang sudah mendapat tarikh janji temu daripada JAIS serta PAID, dan kehadiran adalah terhad kepada pengantin lelaki dan perempuan serta wali sahaja, manakala individu lain tidak dibenarkan hadir, termasuk jurugambar.

Jabatan itu berkata pasangan pengantin mesti mendapat Kebenaran Berkahwin mengikut Seksyen 17 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 sebelum 1 Jun, selain memastikan keputusan Ujian Saringan HIV lelaki serta perempuan masih sah.

Selain itu, pasangan pengantin serta wali wajib menjalani ujian saringan Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) COVID-19 dalam tempoh 72 jam atau tiga hari dari waktu pelaksanaan majlis, dan perlu mengemukakan keputusan ujian kepada pendaftar sebelum majlis dilaksanakan.

Jabatan itu berkata pihak yang terlibat wajib mematuhi ketetapan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) serta kerajaan negeri berkaitan langkah-langkah keselamatan, dan jika terdapat pelanggaran kepada ketetapan semasa, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk atau Pegawai Tadbir Agama boleh menangguhkan atau membatalkan majlis akad nikah. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad