web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Percaya Anti Vaksin, Takut Jarum, Pendaftaran Vaksin Pulau Redang Masih Rendah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 4:55PM

Maarop Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Kesedaran penduduk di Pulau Redang terhadap pengambilan vaksin COVID-19 masih rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung, Maarop Ismail berkata, selain terpengaruh dengan dakyah anti vaksin yang tersebar di Facebook, majoriti penduduk menolak untuk divaksin kerana didorong oleh sentimen ‘takutkan jarum’.

Menurut beliau, penolakan berkenaan membabitkan penduduk dari peringkat usia pertengahan hingga warga emas.

“Ramai penduduk di sini mengatakan mereka takut jarum dan ada juga sebahagiannya terpengaruh dengan fakta tidak tepat yang disebarkan puak anti vaksin di media sosial,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Maarof berkata setakat ini, hanya kira-kira 805 penduduk kampung dan pekerja resort mendaftar untuk menerima vaksin di bawah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) daerah.

Katanya, jumlah tersebut kurang daripada apa yang disasarkan iaitu kira-kira 1,000 penduduk.

“Yang setuju mendaftar untuk vaksin ialah 399 penduduk tempatan dan 406 petugas di resort.

“Sasaran kita kalau boleh mahu mendaftarkan 1,000 nama,” katanya.

Maarof memberitahu, pemberian vaksin COVID-19 akan dilaksanakan oleh Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) dan dijangka bermula hujung bulan ini.

Untuk rekod, Pulau Redang dihuni 2,018 penduduk dari 250 buah kediaman.

Sementara itu, seorang penduduk Sanuddin Shafie, 45, berkata, dia mahu mengambil suntikan vaksin secepat mungkin bagi menjamin tahap kesihatan keluarga.

Sanudin dan isterinya, Siti Fatimah Abdul Manan, 44, berkata, mereka sependapat bahawa vaksin berkenaan wajib diambil jika ia adalah satu-satunya cara untuk membolehkan Pulau Redang kembali dibuka kepada pelancong.

“Walaupun saya takut jarum tapi saya bersedia suntik vaksin kerana mencari rezeki sebagai peniaga, dan Pulau Redang amat bergantung kepada kehadiran pelancong.

“Bila pelancong tak ada, perniagaan pun terjejas. Sekurang- kurangnya vaksin ini boleh memberi keyakinan kepada pelancong dan menjamin keselamatan sendiri,” katanya.

Normah Mohamed Ariff, 65, pula mengakui bahawa pada awalnya, dia bimbang untuk menerima suntikan kerana menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Namun katanya, ketakutan itu semakin berkurangan selepas diberi info tepat oleh petugas di pejabat kesihatan.

“Takut memang takut. Saya mendaftar vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Pulau Redang tapi selepas diberi penjelasan daripada kakitangan kesihatan, saya tidak lagi takut untuk disuntik,” katanya. – Getaran, 26 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan