web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bot Dirempuh Bot Pukat Tunda, Seorang Nelayan Hilang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 6:43PM

Anggota APMM menunjukkan lokasi di mana seorang nelayan hilang selepas bot yang dinaikinya dipercayai dirempuh sebuah bot pukat tunda, awal pagi semalam. - Gambar ihsan APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Parit Buntar - Seorang nelayan hilang manakala dua rakannya terselamat selepas bot yang dinaiki dipercayai dirempuh sebuah  bot pukat tunda, awal pagi semalam.

Kejadian terbabit berlaku di 25 batu nautika dari barat daya Kuala Kurau berhampiran Pulau Pasir Hitam, Taiping, kira-kira jam 4 pagi.

Difahamkan, mangsa yang hilang ialah awak-awak bot berkenaan iaitu Mohd Syarif Hashim, 25.

Dua rakannya iaitu tekong serta seorang lagi awak-awak, masing-masing berusia 35 dan 21 tahun berjaya diselamatkan nelayan lain selepas terapung hampir 3 jam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali, berkata, kejadian terbabit turut menyebabkan bot yang dinaiki mangsa dan rakannya karam.

“SAR (operasi mencari dan menyelamat) dijalankan jam 2 petang semalam selepas menerima maklumat daripada nelayan tempatan.

"Kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor meliputi keluasan 186.30 batu nautika," katanya hari ini.

Mohd Sharenliza berkata, SAR masih dijalankan dan sehingga kini pihaknya belum mendapat sebarang petunjuk berhubung keadaan mangsa. - Getaran, 26 Jun 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 19 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 20 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad