web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Kenaikan Tarif Asas Elektrik, Kekal 39.45 sen/kwj - Shamsul Anuar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2021 2:31PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada kenaikan tarif asas elektrik bagi tempoh 1 Julai sehingga 31 Dis depan setelah kerajaan bersetuju membiayai pemberian rebat sebanyak dua sen/kWj melibatkan peruntukan RM493 juta.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pemberian rebat melalui peruntukan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) itu menjadikan tarif asas elektrik kekal pada kadar 39.45 sen/kWj dan dianggarkan seramai 9.44 juta pengguna akan terus menikmati rebat tersebut.

Beliau berkata selaras dengan pelaksanaan mekanisme penetapan tarif elektrik di Semenanjung yang dilaksanakan sejak 2014, pelarasan kos penjanaan elektrik perlu dilaksana setiap enam bulan melalui mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) dan bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2021, kos ICPT perlu diselaraskan berjumlah RM638.98 juta.

“Peningkatan kos ICPT berlaku berikutan peningkatan kos pembekalan gas dan arang batu bagi tempoh Januari hingga Jun 2021. Ini bermakna kadar rebat elektrik yang boleh dilepaskan kepada pengguna ialah sebanyak 1.13 sen/kWj berbanding kadar rebat bagi tempoh Januari hingga Jun 2021 iaitu dua sen/kWj.

“Mengambil kira cabaran dan kesukaran dihadapi rakyat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19, kerajaan bersetuju membiayai pemberian rebat tambahan 0.87 sen/kWj agar tidak berlaku kenaikan tarif elektrik dan mengekalkan sebagaimana sekarang,” katanya pada sidang media secara maya mengenai tarif elektrik hari ini.

Beliau berkata pemberian rebat tambahan itu membolehkan semua pemilik akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) menikmati purata diskaun sebanyak lima peratus bagi tempoh tersebut (1 Jul hingga 31 Dis 2021).

Shamsul Anuar berkata bagi pengguna di Kulim High Technology Park (KHTP) yang mendapat bekalan elektrik daripada NUR Power Sdn Bhd, kerajaan juga bersetuju untuk memberi rebat elektrik sebanyak dua sen/kWj kepada pengguna bukan domestik bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2021.

“Ini kali pertama pengguna bukan domestik di KHTP menikmati rebat elektrik sejak mekanisme penetapan tarif Incentive-Based Regulations dilaksanakan pada 2017.

“Pemberian rebat ini dilaksanakan berikutan berlakunya penurunan harga bahan api gas dan bekalan elektrik pukal TNB pada separuh tahun pertama 2021 serta penjimatan daripada pelarasan kos sebenar bahan api bagi tempoh Julai hingga Disember 2020,” katanya.

Shamsul Anuar berkata kerajaan juga bersetuju memberi diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik bagi tempoh Julai hingga September 2021 untuk Semenanjung dan Sabah dan perkara itu akan diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, beliau berkata golongan miskin tegar dengan pendapatan RM1,169 ke bawah yang berdaftar di dalam Sistem e-Kasih adalah layak mendapat rebat bil elektrik RM40.

“Sehingga Mei 2021, jumlah Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak ialah 282,182. Bagaimanapun, hanya 113,745 atau 40.31 peratus daripada KIR yang layak telah mengemas kini nombor akaun bil elektrik mereka.

“Oleh itu, saya menyeru agar mereka yang layak untuk mengemas kini nombor akaun dengan pihak utiliti bagi membolehkan mereka menikmati rebat bil elektrik berkenaan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad