web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PEMULIH: KeTSA Perincikan Diskaun Bil Elektrik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2021 8:10AM

Dr Shamsul Anuar Nasarah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KeTSA) memperincikan pemberian diskaun bil elektrik secara bersasar kepada pengguna domestik dan bukan domestik di Semenanjung dan Sabah yang diumumkan kerajaan dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan seramai 2.9 juta pengguna domestik di Semenanjung yang menggunakan elektrik bulanan sebanyak 200 Kilowatt jam (kWj) akan menikmati diskaun bil elektrik sebanyak 40 peratus.

Katanya bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik bulanan antara 201 hingga 300kWj pula akan mendapat diskaun sebanyak 15 peratus, penggunaan elektrik di antara 301 hingga 600kWj (diskaun 10 peratus) dan penggunaan elektrik di antara 601 hingga 900kWj (lima peratus).

“Diskaun ini akan diberikan bagi bil elektrik bulan Julai, Ogos dan September ini,” katanya dalam kenyataan. 

Diskaun itu antara inisiatif bantuan menerusi pakej PEMULIH yang bernilai RM150 billion diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, untuk meringankan beban rakyat berikutan pendemik COVID-19.

Shamsul Anuar berkata bagi pengguna elektrik bukan domestik di Semenanjung pula, diskaun diberikan lima peratus bagi kategori tarif komersial, industri dan pertanian di bawah voltan rendah, manakala pengguna elektrik dalam enam sektor perniagaan terpilih dalam inisiatif PEMERKASA Plus akan terus menerima diskaun 10 peratus bagi tempoh yang sama.

Sementara itu, pengguna elektrik di Sabah akan menikmati diskaun bil elektrik secara bersasar  bagi tempoh tiga bulan bermula Julai melibatkan diskaun 40 peratus bagi penggunaan elektrik bulanan sebanyak 200kWj dan ke bawah.

"Pengguna elektrik bulanan di antara 201 hingga 300kWj terima diskaun 15 peratus; 301 hingga 500kWj (diskaun 10 peratus) dan 501 hingga 1000kWj (diskaun lima peratus).

“Bagi pengguna bukan domestik di Sabah di bawah kategori komersial, industri dan pertanian bervoltan rendah akan menikmati diskaun bil elektrik sebanyak lima peratus, sama seperti di Semenanjung,” katanya.

Sepanjang tempoh kawalan pergerakan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara, beliau berkata tiada pemotongan bekalan elektrik kepada semua pengguna, penangguhan pemotongan bekalan elektrik kepada pengguna domestik yang mempunyai tunggakan bil tidak melebihi enam bulan sehingga 30 Sept dan Pelan Bayaran Mudah untuk pengguna domestik ditawarkan sehingga 31 Dis. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 21 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 22 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad