web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Perniagaan Wanita, Individu Pertama Didakwa Terlibat Aktiviti Penstrukturan Transaksi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 4:21PM

Mazni Abu Bakar, di Mahkamah Sesyen hari ini, atas pertuduhan terlibat dalam aktiviti penstrukturan transaksi dan pengubahan wang haram yang keseluruhannya berjumlah RM471,928.20, tiga tahun lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan wanita dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan terlibat dalam aktiviti penstrukturan transaksi lebih RM200,000, menjadikannya individu pertama di negara ini didakwa atas kesalahan tersebut.

Mazni Abu Bakar, 59, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman. Tertuduh juga mohon dibicarakan atas empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Tertuduh didakwa atas empat pertuduhan iaitu mengarahkan seorang pekerjanya untuk menstrukturkan empat transaksi berjumlah RM238,575.35 ke dalam akaun CIMB milik syarikatnya Sasrestu Sdn Bhd bagi mengelak kehendak pelaporan seperti peruntukan Seksyen 14 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad cawangan Taman Melawati di sini, antara 16 Jan dan 21 Mei 2018, mengikut Seksyen 4A (1) AMLATFPUAA 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4A (2) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih daripada lima kali ganda jumlah atau nilai agregat transaksi itu pada masa kesalahan tersebut dilakukan atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Wanita itu juga menghadapi empat pertuduhan pengubahan wang haram iaitu didakwa telah memindah, mengguna dan melupuskan wang berjumlah RM233,352,95 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram antaranya bagi pembelian sebuah kereta Toyota Alphard dan pembayaran cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang dilakukan di bank tempat sama antara 20 Feb dan 18 Sept 2018.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4 (1) (b) AMLATFPUAA 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mahadi Abdul Jumaat menawarkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan  ke atas tertuduh.

“Saya juga memohon syarat tambahan, tertuduh perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM terdekat pada minggu pertama setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan,” katanya.

Peguam K. Theivendran, yang mewakili Mazni berkata jumlah yang dicadangkan pendakwaan tidak munasabah dan merayu jaminan rendah atas alasan anak guamnya mempunyai tiga anak dan seorang daripadanya masih bersekolah.

“Tertuduh ada kedai cenderamata, namun tidak beroperasi disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.  Anak guam saya juga tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri,” kata peguam itu.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di pejabat SPRM terdekat pada setiap bulan serta menetapkan 30 Julai untuk sebutan semula kes.

Bernama pada Isnin melaporkan, seorang usahawan wanita akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, di sini atas kesalahan terlibat dalam aktiviti penstrukturan transaksi melibatkan wang berjumlah lebih RM230,000, kes pertama seumpamanya di negara ini.

Sumber SPRM berkata usahawan itu disyaki melakukan kesalahan tersebut  kerana cuba mengelak transaksi berkenaan dikesan oleh pihak bank yang perlu melaporkan kepada Bank Negara Malaysia (BNM). - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan