web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lebih Baik Beri Bantuan Wang Tunai - Anwar Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 5:52PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadangkan menyalurkan bantuan tunai berjumlah RM1,500 sebulan kepada lima juta keluarga B60 yang terkesan akibat COVID-19.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan kepada B60, iaitu kelompok B40 dan separa bawah M40 (antara M40 ke B40) perlu disalurkan setiap bulan, sehingga krisis kesihatan terbabit kembali pulih.

“Kalau ambil RM1500, hutang bank RM600, kereta RM200, anak-anak nak makan apa, ini bukan nak makan durian musang king, ini soal nak makan nasi, susu dan lampin anak, benda asas dalam kehidupan.''

Menurut beliau, cadangan itu disifatkan lebih wajar dilaksanakan berbanding keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Yang diperlukan sekarang ialah ‘cash in hand’ (tunai di tangan) secara konsisten dan mapan, malah jumlah paling wajar adalah RM 1,500 sebulan untuk golongan B60, ini paling minimum sebab kita faham jika lebih tinggi (jumlah), masalah kepada kerajaan dalam situasi pandemik.

“Ketika ini majoriti lebih 70 peratus pencarum KWSP mempunyai simpanan RM10,000 sahaja, jadi kalau mereka keluarkan untuk membayar sewa, tetap tidak boleh selesakan mereka, malah ini (akan) membimbangkan, bukan jalan penyelesaiannya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Laporan COVID-19 Situasi Kewangan Rakyat secara maya hari ini, yang diadakan khas bagi mengulas masalah pandemik terbabit dan situasi terkini kedudukan kewangan negara.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang menegaskan, moratorium secara automatik diumumkan kerajaan baru-baru ini pada dasarnya tetap membebankan rakyat, apabila faedah dan tempoh pinjaman dipanjangkan.

“Kalau kita memberikan kelonggoran supaya dirundingkan dan mengarahkan bank untuk menanggung sedikit daripada kos, maka kerajaan boleh menampung sebahagiannya walaupun tempoh ini boleh dianjakkan.

“Kalau ambil RM1500, hutang bank RM600, kereta RM200, anak-anak nak makan apa, ini bukan nak makan durian musang king, ini soal nak makan nasi, susu dan lampin anak, benda asas dalam kehidupan,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, kerajaan harus mengambil pendekatan terbaik bagi membantu meringankan bebanan rakyat, memandangkan COVID-19 adalah malapetaka amat parah kepada semua peringkat dan dimensi masyarakat.

Jelasnya, kesan dibawa COVID-19 bukan sahaja membabitkan keselamatan nyawa, malah kedudukan ekonomi rakyat.

“Keadaan itu terhasil daripada kegagalan kepemimpinan negara mentadbir urus secara telus, berintegriti dan bertanggungjawab.

“Kita berdepan dengan dua pilihan, iaitu menyelamatkan nyawa dan pada masa sama, ekonomi rakyat,” katanya. – Getaran, 30 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan