web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas Kurang Siuman Maut Jatuh Perigi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jun 2021 9:26PM

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mayat mangsa dari dalam perigi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPING - Seorang lelaki warga emas maut selepas terjatuh ke dalam perigi lama di Kampung Relang, Batu Kurau, di sini, hari ini.

Difahamkan, mangsa yang kurang siuman berusia lingkungan 60-an dan dipercayai bermain di sekitar kawasan itu sebelum terjatuh ke dalam perigi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.39 petang memaklumkan terdapat seorang lelaki terjatuh ke dalam perigi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kurau bergegas ke lokasi kejadian sebelum menjalankan kerja-kerja membantu menaikkan mayat mangsa.

“Anggota kemudiannya menggunakan tangga, tali dan pengusung untuk menaikkan mayat mangsa.

“Operasi menaikkan mangsa mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum mangsa berjaya dibawa naik dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut jurucakap berkenaan, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis dan dibawa untuk bedah siasat.

Katanya, operasi menyelamat ditamatkan jam 7.44 malam tadi. - Getaran, 30 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan