web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Akibat Dipukul, 16 Ahli Keluarga Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 8:05AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis menahan 16 individu yang merupakan ahli keluarga kepada seorang lelaki tempatan yang mati akibat dipukul di rumah keluarganya di Ladang Baru Kelanang, Banting kira-kira 45 kilometer dari sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, kesemua individu termasuk lapan orang wanita berusia 17 hingga 60-an itu, ditahan sekitar pukul 1 hingga 3 pagi tadi, selepas mangsa dikatakan dipukul oleh beberapa orang ahli keluarganya iaitu ibu, ayah, adik-beradik dan saudara mara terdekat, semalam.

“Si mati merupakan seorang penganggur berusia awal 30-an. Kejadian berlaku pada 6.30 petang semalam, di mana mangsa dalam keadaan mabuk telah datang ke rumah keluarganya di Ladang Baru Kelanang. Si mati telah mengganggu dan memukul beberapa ahli keluarga, serta merosakkan kenderaan milik adiknya dengan memecahkan cermin kereta, menggunakan batu-bata.

“Berikutan itu, ahli keluarga yang berang dengan sikap si mati bertindak memukulnya menggunakan kayu, kerusi dan batu. Si mati telah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, dan dibawa oleh ambulans ke Hospital Banting, sebelum meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Ahmad Ridhwan berkata susulan itu, pihaknya telah menahan 16 orang ahli keluarga mangsa di tempat kejadian di antara jam 1 hingga 3 pagi tadi untuk siasatan lanjut, dan polis turut merampas senjata kayu, batu dan kerusi yang digunakan, untuk mencederakan si mati.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad